Chelsea dilihat seolah olah sengaja mencari masalah apabila tewas mengejut 3-0 di tangan Sheffield United.

Sebelum wisel permulaan, Chelsea berada dalam kedudukan mengawal persaingan untuk slot ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Namun skuad bimbingan Frank Lampard itu telah mempersia siakan peluang untuk kekal mengawal persaingan itu apabila keciciran mata sekali lagi.

Dua gol oleh McGoldrick dan McBurnie telah memastikan Sheffield United kini dalam landasan terbaik untuk mara ke Liga Europa pada musim hadapan.

Chelsea ketinggalan seawal minit ke-18, apabila McGoldrick melakukan susulan selepas bola ditampan Kepa.

Itu adalah gol sulung McGoldrick dalam saingan Liga Perdanan Inggeris.

Olli McBurnie kemudian meletakkan tuan rumah dua gol di hadapan dengan jaringan tandukan ke near post pada minit ke-33.

Dan pada separuh masa kedua, sekali lagi McGoldrick mendapat peluang daripada bola kedua untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya dan kedua peribadinya.

Chelsea kini hanya berada satu mata di atas Man United yang berada di tangga kelima. Di mana skuad Red Devils masih belum turun beraksi.

Ini dilihat peluang terbaik untuk United memintas Chelsea selepas sekian lama berada di tangga kelima.

Kejayaan ini menyaksikan Sheffield United kini berada di enam teratas pada carta liga.

Kerapuhan pertahanan Chelsea

Ketiadaan N’golo Kante sekali lagi membuatkan Chelsea bergelut di tengah untuk protect pertahanan akhir.

Selain itu, Chelsea memiliki jumlah on target yang sama dengan pasukan lawan. Tetapi Sheffield mendapat 3 gol daripada 4 percubaan tepat.

Chelsea kini sudah bolos 49 kali. Paling banyak untuk pasukan 10 teratas.

Ia jelas bukan masalah kecil tetapi masalah besar buat Chelsea.

Selain itu, skuad Frank Lampard itu sudah tewas 11 kali pada musim ini. Paling banyak di antara 8 pasukan teratas pada ketika ini.