Chelsea dilaporkan sedia memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris untuk menandatangani penyerang Newcastle United, Alexander Isak, bagi memperkuatkan serangan mereka.
Walaupun sudah berbelanja besar untuk perpindahan baharu sejak ketibaan Todd Boehly, The Blues difahamkan berminat untuk memperkukuhkan lagi skuad mereka pada jendela perpindahan akan datang.
West Londoners mengharungi kempen 2023/24 yang mencabar di bawah kendalian Mauricio Pochettino, yang menyaksikan mereka terlepas tempat Liga Europa walaupun menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana.
Menurut Metro UK, Chelsea bersedia untuk pecah tabung untuk mendapatkan Isak dari Newcastle dalam beberapa minggu akan datang. Portal itu melaporkan bahawa Chelsea sedua memulakan rundingan dengan Newcastle.
Difahamkan, juara UCL 2021 itu bersedia membayar lebih daripada £115 juta yang mereka belanjakan untuk Moises Caicedo musim panas lalu untuk mendapatkan penyerang tersebut.
Hal ini kerana Newcastle telah meletakkan tanda harga £115 juta untuk Isak sebelum ini.
Keinginan Chelsea untuk menandatangani pemain berusia 24 tahun itu datang selepas persembahan mengagumkan musim lalu, dengan penyerang itu menjaringkan 25 gol dan kukuh membentuk reputasi sebagai salah satu prospek paling hangat di Eropah.
Respon Newcastle
Dilaporkan bahawa Chelsea masih keberatan untuk menjual Isak kepada Chelsea. Menurut Football London, Newcastle menaikkan lagi tanda harga sehingga £200 juta untuk menghalang Chelsea mendapatkan Isak.
Isak sebelum ini menyatakan dia gembira di Newcastle dan fokusnya adalah bermain bola sepak. Dia tidak berminat untuk memberikan komen tentang perpindahan.
Fabrizio Romano kemudian melaporkan bahawa Chelsea kelihatan tidak gembira dengan penilaian harga yang diberikan Newcastle untuk Isak.
Chelsea turut masih belum memulakan sebarang rundingan rasmi untuk mendapatkan pemain seperti Olise dan Nico Williams, atas alasan yang sama. Di mana kelab tidak mahu diambil kesempatan oleh kelab lain yang meletakkan harga tidak masuk akal apabila tiba kepada Chelsea.
🚨🔵 Chelsea are currently not working on Alexander Isak deal, as package’s also considered too high.
Similar to Olise and Nico Williams, no talks so far due to expensive package.
🇸🇪 Newcastle consider Isak as key player, planning to keep him unless crazy proposal arrives. pic.twitter.com/DWuvLCFayy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 26, 2024