Chelsea Sedia Jual Gallagher Januari Ini Untuk Tampung Dana Perpindahan Diminta Pochettino

Chelsea dilaporkan sedia menjual Connor Gallagher pada Janueri akan datang untuk menampung dana perpindahan yang diminta Mauricio Pochettino.

Pochettino baru baru ini meminta kelab memberikannya dana untuk Januari untuk membawa masuk ‘pemain dia sendiri’. Walaupun sudah berbelanja lebih £1 billion dalam 3 jendela perpindahan sebelum ini, rata rata pemain yang ada dalam skuad Chelsea tiba lebih awal daripada Pochettino.

Pochettino berkata, pada ketika ini, persepsi tentang kelab Chelsea tidak selari dengan realiti. Realitinya kelab itu sedang berada di kalangan midtable team sejak musim lalu.

Lalu dia meminta pengurusan tertinggi memberikan dana perpindahan untuk Januari. Dia tidak meletakkan berapa jumlah pemain dia mahukan namun dia mahukan Pengarah Sukan membantunya mengkaji tentang pembelian yang boleh membantu Chelsea menjadi selayaknya Chelsea.

Chelsea masih perlu menjual pemain mereka jika mahu membeli pemain baharu untuk mengelak masalah FFP di masa akan datang.

Nama Connor Gallagher sekali lagi dalam senarai. Pemain itu sebelum ini pernah meminta untuk dijual jika dia tidak mendapat jaminan untuk bermain lebih banyak minit kerana mahu terlibat dalam kempen Euro 2024 England.

Namun kelab memutuskan untuk mengekalkan beliau kerana dia adalah pemain homegrown.

Tetapi pemain itu masih tidak melanjutkan kontraknya yang masih berbaki sekitar 18 bulan pada Januari 2024. Itu yang membuatkan pengurusan tertinggi benar benar tidak yakin tentang Gallagher akan menjadi pemain terbaik untuk disertakan dalam projek jangka masa panjang kelab itu.

Pemain itu pernah menyatakan dia gembira di Chelsea dan membayangkan bahawa dia sedia kekal lebih lama bersama mereka. Namun kelab tidak mahu mengambil risiko kehilangan pemain itu secara percuma.

Oleh sebab itu namanya dalam senarai untuk dijual pada Januari. Matt Hughes dari Daily Mail melaporkan:

“Chelsea mempertimbangkan untuk jualan mengejut melibatkan Connor Gallagher pada Januari untuk menambah dana bagi menampung pembelian pemain baharu, kerana kelab sedang menghampiri angka yang membuatkan kerena akan melanggar peraturan perbelanjaan FFP.”

Mark Hughes turut menjangkakan penjualan homegrown player seperti ini akan ditentang oleh peminat Chelsea walaupun ianya mungkin dilakukan kerana kajian oleh pengurusan atasan.

Namun begitu, Gallagher antara pemain yang digemari Pochettino. Dan kelab mungkin masih perlu meminta pandangan pengurus itu.