Arsenal sudah mengemukakan tawaran rasmi kepada Shakhtar Donetsk untuk untuk Mykhailo Mudryk.
Sebelum ini Dontetsk tidak melayan tawaran harga €40 juta asas dengan €20 juta lagi bonus.
Kerana kelab itu percaya Mudryk adalah pemain yang sama nilai dengan Jack Grealish. Mereka meminta €100 juta untuk pemain itu.
Arsenal kemudian hadir dengan tawaran secara keseluruhan bernilai €70 juta untuk pemain itu.
Ianya masih jauh daripada harga yang diletakkan oleh Donetsk. Tetapi kelab Ukraine itu dikatakan mulai terbuka untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.
Namun kelab itu mahukan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi sekurang kurangnya €55 juta dan pakej sekurang kurangnya €85 juta secara keseluruhan.
Mykhaylo Mudryk wants Arsenal and there's optimism an agreement will be reached for well under Shakhtar's €100m public valuation. #AFC's second bid, for just under €70m, still being assessed. There is likely to be verbal back-and-forth to finesse it. Shakhtar want more upfront. pic.twitter.com/nzUBgPGHvj
— Ben Jacobs (@JacobsBen) January 3, 2023
Kini Chelsea telah memasuki laluan persainagn untuk membawa Mudryk ke Stmaford Bridge.
Walaupun beberapa sumber berkaitan berpendapat bahawa pemain berusia 21 tahun itu lebih suka menyertai Arsenal, terutamanya kerana Mikel Arteta telah menggariskan peranannya penyerang dalam pasukan yang sedang berkembang.
Namun sejarah membuktikan bahawa, Chelsea memiliki keupayaan untuk menyailang perpindahan pemain daripada menyertai kelab lain.
Satu satunya jaminan untuk Arsenal mendapatkan Mudryk pastinya kesanggupan mereka membayar €100 juta. Kerana pemain itu benar benar berminat untuk ke Arsenal.
Arsenal have improved their proposal to sign Mykhaylo Mudryk, confirmed — as talks are on after €40m plus €20m bid rejected. 🚨⚪️🔴 #AFC
It’s up to Shakhtar now, as @yehor__d reported.
🔵 Chelsea, also interested in Mudryk in case Arsenal deal collapses. #AFC remain priority. pic.twitter.com/YBYWFSlZSy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 2, 2023
Di mana aksi UCL musim hadapan kelihatan lebih terjamin di sana.
Tetapi di sinilah Chelsea melihat peluang mereka untuk memanfaatkan keadaan. Mereka sedia menawarkan harga lebih tinggi daripada Arsenal.
Pemilik kelab yang baharu, Todd Boehly juga dikatakan sudah memberikan lampu hijau untuk memberikan sokongan dana kepada pasukan rekrut pemain di Stamford Bridge untuk mendapatkan Mudryk.
Mudryk dianggap pemain yang sesuai dengan projek jangka panjang di Stamford Bridge.
Chelsea kini masih bergelut dengan prestasi mereka dalam usaha untuk merebut 4 teratas.
Arsenal sememangnya menyedari minat Chelsea tetapi ada kepercayaan bahawa Mudryk akhirnya akan datang ke utara London, kerana mereka berharap untuk menjadikannya salah satu daripada dua pemain yang ditandatangani dalam jendela ini.
Joao Felix dari Atletico Madrid juga dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke Arsenal. Tetapi buat masa ini, tiada tawaran rasmi dibuat.