Chelsea Sedia ‘Serah Diri’ Jalani Hukuman Awal Seperti AC Milan

Beberapa tahun lalu AC Milan pernah digantung daripada kejohanan Eropah kerana salah laku FFP.

Dan menariknya, AC Milan tidak melengahkan hukuman tersebut, tetapi meminta untuk terus menjalaninya pada tahun berikutnya selepas mereka dijatuhi hukuman itu.

Chelsea kini berpeluang untuk mara ke kejohanan Eropah jika mereka menjuarai Piala Carabao pada Ahad ini.

Dengan prestasi semasa Chelsea, itu adalah peluang terbaik mereka untuk mara ke pentas eropah musim hadapan.

Chelsea ketika ini masih bergelut dengan isu kewangan kelab. Dan jika mereka gagal menjual pemain pada harga tinggi pada jendela perpindahan akan datang, mereka berpotensi dikenakan tindakan.

Piawaian peraturan kewangan EPL dan UEFA adalah berbeza. Dan mereka sudah bersedia untuk berdepan isu itu jika mereka didapati melanggar peraturan.

Terlalu banyak pembelian dibuat oleh Chelsea dengan bil gaji terlampau tinggi membebani pasukan itu yang tidak dapat beraksi di UCL musim ini, dan juga kemungkinan besar musim depan.

Pakar kewangan bola sepak Eropah, Kieran Maguire yakin Chelsea akan mengikut jejak langka AC Milan.

Pada 2019, AC Milan dengan sukarela menjalani penggantungan 1 musim daripada semua pertandingan Eropah kerana kesalahan FFP. AC Milan ketika itu layak ke UEL untuk musim 2019/20.

AC Milan yang mendapati mereka mungkin berpeluang untuk mara ke UCL pada musim 2021/22 memutuskan untuk melangkau aksi Eropah pada 2019/20.

Jadi Chelsea mungkin akan mengambil langkah yang sama. Kerana mereka boleh melupakan aksi Eropah musim hadapan dan fokus untuk kelayakan ke UCL musim berikutnya.

Hal ini kerana wang daripada UEL dan UECL agak sedikit berbanding layak ke UCL.

Kieran Maguire mentyatakan ini adalah sebahagian daripada ekonomi bola sepak.

Lagipun jika mereka bermain di UEL atau UECL musim hadapan, mereka masih menanggung kos penginapan dan juga kos perjalanan yang tinggi, dengan had perbelanjaan mereka pastinya akan dikawal.