Chelsea Tak Sanggup Bayar €215 Juta Beli Haaland, €40 Juta Saja Untuk Raiola Dan Ayah Haaland

Chelsea dilaporkan tidak sanggup membayar yuran perpindahan Erling Haaland. Di mana Borussia Dortmund meminta sekitar €175 juta.

Sebelum ini BvB meletakkan tanda harga €120 juta. Selepas penjualan Sancho, mereka tidak melihat kepentingan untuk menjual Haaland. Dan kelab itu menaikkan harga kepada €175 juta.

Bukan itu sahaja, Chelsea juga berdepan dengan pembayaran ekstra €40 juta lagi yang diminta oleh Mino Raiola serta ayah Haaland.

Ini bermakna, Chelsea perlu menyediakan sekitar €215 juta keseluruhan untuk pakej Haaland. Belum termasuk gaji.

Marina Granovskaia dikenali dengan sikapnya yang lebih cerewet dalam rundingan pemain. Beliau melihat Chelsea akan menanggung kos terlalu tinggi untuk Haaland.

Pemain 20 tahun itu sebelum ini dilaporkan tidak hadir latihan pasukan di Jerman. Dan media mengaitkannya dengan perpindahan ke Chelsea.

Namun pemain itu disahkan sudah kembali semula berlatih. Haaland juga dikatakan tidak terdesak untuk meninggalkan Dortmund pada masa ini. Kerana beliau baru sahaja membeli rumah di Jerman.

Chelsea masih berminat dengan Haaland. Namun bukan untuk masa ini. Haaland ada satu klausa khas pada fasa akhir kontraknya. Di mana pada tahun 2022, pemain itu akan memiliki klausa pelepasan €75 juta.

Jika Chelsea bersabar, mungkin boleh membeli Haaland pada tahun hadapan. Namun Chelsea dilaporkan mahu segera mendapatkan penyerang.

Bintang veteran Bayern, Robert Lewandowski dikatakan dalam senarai diinginkan oleh Tuchel pada kadar harga lebih rendah. Di mana Chelsea sedia membida pemain itu dengan nilai sekitar €58 juta.

Musim lalu Chelsea mendapatkan Timo Werner. Namun prestasi pemain itu ternyata tidak begitu meyakinkan Tuchel. Membuatkan pengurus itu terus memburu penyerang kelas A di pasaran perpindahan.

Raiola Mahu €40 Juta / RM198 Juta Bayaran Ejen Untuk Perpindahan Haaland

Mino Raiola dilaporkan mahu kelab membayarnya €40 juta ataupun sekitar RM198 juta untuk perpindahan penyerang sensasi Norway, Erling Haaland. Sebelum ini Raiola memecahkan rekod bayaran agensi tertinggi ketik perpindahan Pogba ke United dengan €28 juta masuk ke akaunnya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Juventus. Laporan sebelum ini menyebut Raiola mendapat €24 juta.

Baru sahaja dapat durian runtuh

Beberapa minggu lalu, laporan menyatakan bahawa Raiola mendapat €20 juta daripada perpindahan Gianluigi Donnarumma ke PSG secara percuma.

Juara Eropah itu rasminya meninggalkan AC Milan selepas kontraknya berakhir. Donnarumma sebelum ini menjadi pemain yang diintai kelab seperti Barcelona, telah memutuskan untuk ke Ligue 1.

Bayaran agensi adalah bayaran mutlak milik ejen sebagai ganjaran mereka memudahkan urusan jual beli pemain ke sesebuah kelab.

Erling Haaland menjadi pemain yang dipantau dan diburu oleh banyak kelab di dunia terutama sekali Chelsea, Manchester City dan Real Madrid.

Walaupun Raiola sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu masih mahu kekal di Borussia Dortmund kerana hubungan baik dengan semua pihak di sana termasuk penyokong.

Namun Raiola tetap menegaskan bahawa mereka sentiasa terbuka dengan sebarang kemungkinan.

Sky Sports menyatakan bahawa Raiola mahukan €40 juta sebagai bayaran agensi untuk Haaland kerana pemain itu mendapat perhatian daripada banyak kelab besar. Selain daripada Borussia Dortmund yang enggan menjual pemain tersebut – terutamanya selepas mereka menjual Jadon Sancho ke Man United.

Chelsea adalah pasukan yang sudah memulakan langkah mahu mendapatkan khidmat Haaland walaupun belum ada bidaan rasmi dilakukan ke atas pemain itu.

Borussia Dortmund perlu memutuskan sama ada mereka mahu menjual pemain itu atau tudak pada jendela perpindahan kali ini. Hal ini kerana, jika tidak dijual pada kali ini, Haaland akan memasuki tahun kontrak yang memiliki klausa pelepasan hanya €75 juta pada tahun 2022.

Borussia Dortmund meletakkan tanda harga €175 juta untuk Haaland sebagai tanda harga pemain bukan untuk dijual.

Baca yang lain