Chelsea U Turn, Sedia Tukar Lukaku Dengan Vlahovic

Chelsea masih gagal mencari pembeli untuk Lukaku. Dengan jendela perpindahan tinggal sebulan lagi.

Kini mereka mahu menukar terus Lukaku dengan Dusan Vlahovic.

Memandangkan Juventus mahu menjual Vlahovic dan berminat dengan Lukaku. Sehingga Gazetta Dello Sports melaporkan ada rundingan verbal antara Juve dan Lukaku sebelum ini.

Isu utama Juventus masih tidak mendapatkan Lukaku adalah kerana mereka mahu melepaskan Vlahovic trerlebih dahulu.

Di mana pemain itu tiada dalam perancangan Max Allegri musim hadapan.

Juve mahu mendapatkan hasil jualan dan juga mengurangkan beban gaji pasukan mereka.

Lukaku dilihat pilihan terbaik pada masa ini.

Namun ultras Juve benar benar marah dengan berita Juve mahukan Lukaku. Disebabkan pemain itu pernah meremehkan peluang menyertai kelab itu kerana cintanya kepada Inter Milan.

Lukaku malah menyatakan dia lebih rela pulang semula ke Belgium bermain untuk Anderlecth jika cuma ada Juventus sahaja pilihan dia di liga utama Eropah – kenyataan itu dibuat beberapa tahun lalu.

Malangnya, Lukaku ibarat cakap tak serupa bikin. Dia kini menggoda Juve untuk mendapatkannya.

Chelsea sebelum ini pernah menolak cadangan yang sama dibuat oleh Juve beberapa bulan lalu, kini berminat untuk membuat pertukaran tersebut.