Chelsea Yakin Dapat Sailang Caicedo Dari Arsenal

Chelsea, Arsenal dan Newcastle United kini menjadi tiga pasukan yang berebut tandatangan Moises Caicedo.

Caicedo pada musim panas lalu meminta dijual ke Arsenal atau Chelsea. Namun Brighton enggan melepaskan pemain itu.

Caicedo kemudian bersetuju untuk melanjutkan kontrak barunya di Brighton beberapa bulan selepas itu.

Tidak lama kemudian, pengurus Roberto De Zerbi pula mengesahkan bahawa kelab itu sudah menjangkakan bahawa mereka akan kehilangan beberapa pemain bintang lagi.

Nama Alexis Mac Allister dengan Moses Caicedo secara terang terangan disebut oleh De Zerbi.

De Zerbi juga menambah, Caicedo sebelum ini telah menerima baik cadangan kelab agar dia terus kekal di kelab itu.

Sebagai balasan, kelab setuju untuk menjual pemain itu jika ada tawaran yang baik pada jendela perpindahan kali ini b

Arsenal masih berminat mendapatkan Moises Caicedo dan begitu juga dengan Newcastle.

Caicedo dikatakan lebih berminat dengan Arsenal kerana mahu bermain di UCL. Namun keputusan penjualan ini juga akan melibatkan kelab. Jadi, Chelsea boleh mendapatkan Caicedo jika menawarkan harga lebih tinggi.

Keutamaan Arsenal pada ketika ini ialah Declan Rice. Pemain itu diletakkan harga £100 juta oleh David Moyes sebelum ini.

Brighton mahu memaksimumkan harga Caicedo dan berharap akan ada bidding war untuk pemain itu.

Brighton berharap dapat menjual Moises Caicedo dengan nilai £100 juta. Dan paling murah mereka jangkakan adalah £70 juta dengan pakej tambahan.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang