Chen Long Minta Maaf Selepas Netizen China Label Dia Bodoh & Tak Berguna

Pemain badminton legenda China, Chen Long berjaya menamatkan kempen sukan olimpik 2020 dengan pingat perak. Pada usianya yang sudah lanjut, pencapaian itu dianggap luar biasa oleh peminat di luar China.

Chen Long gagal mempertahankan emas Rio 2016 miliknya dalam acara perseorangan. Namun beliau banyak terlepas kejohanan major dan berehat kerana kecederaan.

Chen Long tewas di tangan Viktor Axelsen dalam aksi final. 15-21, 12-21. Axelsen merupakan pemain no.2 dalam ranking dunia ketika ini.

Axelsen menjadi pemain bukan Asia pertama memenangi emas perseorangan sejak 1996.

Walaupun diletakkan selaku pilihan keenam, Chen Long berada di ranking jauh lebih rendah. Dalam kariernya, Chen Long menang 14 kali dan kalah 5 kali di tangan pemain Denmark itu.

Namun situasinya ketika ini nyata berbeza. Peminat China mengharapkan pemain 32 tahun itu mengulangi pencapaian Lin Dan. Sekaligus menjadikan dia pemain China kedua memenangi emas perseorang lelaki dalam dua temasya berturut – turut. Super Dan melakukannya ketika Beijing 2008 dan London 2012.

Peminat China tidak dapat menerima kekalahan itu. Selepas tamat perlawanan, Chen Long malah dihujani cacian dan makian.

Ada yang menanggap Chen Long sebagai tidak berguna, sampah dan bodoh.

Seterusnya ada yang menganggap Chen Long bermain seperti budak budak dikerjakan Axelsen. Mereka mempersoalkan semangat juang Chen Long dan ada yang menyatakan bahawa mereka tidak mahu lagi melihat Chen Long memakai jersi China lagi.

Seelain itu, ada juga menyatakan bahawa persatuan badminton China terlalu nostalgia dengan pemain legenda seperti Chen Long sehingga menutup peluang pemain muda yang lain.

Mendengar kritikan yang teruk ke atasnya, Chen Long kemudian memuat naik status meminta maaf kepada semua peminat di atas kegagalannya.

Menerusi platform Weibo, Chen Long berkata: “Saya sangat kesal dan meminta maaf kerana gagal mempertahankan emas perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo.”

“Tetapi saya tidak akan dapat mendapat pencapaian ini [perak] tanpa sokongan dan sorakan kamu semua.”

“Semangat Olimpik dan semangat orang Cina yang sentiasa segera memperbaiki diri sendiri sentiasa menjadi motivasi asas saya.”

“Saya berterima kasih kepada tanah air yang menggilap bakat saya. Akhir sekali, saya dengan jujurnya berharap badminton China akan mencapai sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.”

Jurulatih Chen Long, Zhang Jun kemudian memuat naik gambar ibu kaki pemain itu yang cedera.

Chen Long menyatakan dia beraksi dalam kesakitan. Kecederaan itu mulai membelenggu Chen Long sejak peringkat kumpulan lagi. Namun Chen Long melawan kesakitan itu dan mengubah cara permainannya menjadi lebih defensif berbanding dengan agresif.

Zhang Jun berkata: “Kakinya melecet, ada dua kesan pada kakinya. Dia malah ‘tidak boleh berlari’ [dengan betul].”

“Kesan melecet itu mempengaruhi pergerakannya dan betul betul di tapak kakinya. Namun dia tidak berputus asas dan bertarung dengan kesakitan untuk setiap mata.”

Zhang Jun meminta netizen China seharusnya belajar daripada semangat melawan Chen Long dan bukannya mengutuknya kerana tidak menang emas.

Di samping itu Chen Long berjaya menyelamatkan kempen acara perseorangan China walaupun dia hanya hadir sebagai pemain veteran.