Chiellini Akui Dia Buat Aksi Hodoh Ketika Tarik Saka Untuk Tactical Foul: “Yang Penting Efektif”

Girgio Chiellini telah berkongsi detik tactical foul yang beliau lakukan kepada Bukayo Saka dalam aksi final Euro 2o20 menentang England.

Di mana tactical foul tersebut telah menjadi antara punca kenapa Itali bergelar juara pada masa itu. Kerana pada ketika itu, perlawanan pada kedudukan 1-1.

Jika Saka dibiarkan bergerak bebas ke hadapan dia akan mewujudkan situasi 1 lawan 1 atau situasi bahaya di hadapan gol.

Chiellini tidak ada pilihan lain selain daripada melakukan sesuatu dan dia memutuskan untuk menarik Saka.

Chiellini hanya mendapat kad kuning ketika itu. Kerana ketika dia menarik Saka, dia masih ada seorang lagi pertahanan lain di garisan lebih rendah.

Jika dia lewat sedikit menarik Saka, mudah sahaja dia menerima kad merah. Segalanya serba memihak kepada Chielini walaupun harus diakui itu adalah dark art yang dia gunakan.

Berkongsi kembali detik itu, Chiellini menyatakan bahawa, dia tersilap agak lantunan bola. Sambil mengakui bahawa Saka membaca keadaan lebih bijak daripadanya.

Saka membiarkan bola dan berlari melepasinya, ketika itu dia tahu dia dalam masalah. Dan dia terus menarik pemain itu tanpa berfikir panjang.

“Saya buat silap ketika membaca lantunan bola itu. Saka terlalu bijak pada masa itu dan dia berlari melepasi saya. Saya sendiri tak sedar macamana dia boleh berlari melepasi saya pada masa itu.”

@conquistafootball

#chiellini #saka #italy #england #euros

♬ Whatever It Takes – Imagine Dragons

Chiellini akui terpaksa melakukannya kerana lebih baik dapat kad daripada membiarkan lawan membina serangan dan menjaringkan gol.

“Perkara pertama yang saya terpaksa lakukan adalah menarik bajunya. Perkara yang normal untuk pemain pertahanan seperti saya. Kad kuning lebih baik daripada terlepas transisi lawan dan gol,” tegas legenda Italid dan Juve itu.

Dia sedar bahawa ada pihak menganggap apa yang dia lakukan adalah tak cantik dan perkara yang hodoh dilakukan seorang pemain atas padang. Namun sebagai pertahanan dia diajar untuk efektif bukannya mengutamakan kecantikan.

Chiellini berkata lagi: “Saya akui, ianya senario yang tidak bagus untuk ditonton. Namun seperkara yang saya belajar dalam karier saya, kamu pertahanan, kamu harus efektif dan tidak pentingkan keindahan / kecantikan permainan.”

“Saya tak pernah bermain ‘cantik’ dengan bola, atau tanpa bola, dan saya tak pernah cantik pun masa di luar padang,” sambil dia menunjukkan wajahnya yang dia anggap tidak kacak.

Itali ketika itu menang menerusi penentuan sepakan penalti. Dengan Bukayo Saka antara pemain yang gagal dalam sepakannya dan membolehkan Itali menang.