Chilavert Terus Hentam Vini Jr: “Tengok Kamera Je Terus Nangis”

Penjaga gol legenda Paraguay, Jose Luis Chilavert mempertahankan kritikannya ke atas Vinicius Jr. Sebelum ini Chilavert meminta Vini Jr agar menjadi lebih ‘jantan’ dan jangan suka menangis.

Komen itu dibuat selepas Vini kelihatan menangis ketika dia menyatakan bahawa dirinya mangsa perkauman di Sepanyol.

Baru baru ini Vinicius Jr ditanya oleh wartawan tentang apa yang dia rasa sepanjang melalui beberapa siri ejekan rasis ke atasnya di Sepanyol.

Vini menitiskan air mata, dan berkata: “Saya cuma mahu bermain bola sepak.”

Vini diberikan tepukan oleh wartawan tanda sokongan mereka ke atas pemain itu.

Jose Luis Chilavert menyalahkan Vini kerana menurutnya sikap pemain itu yang suka memprovokasi penyokong adalah punca. Sambil menyatakan bahawa, bola sepak adalah sukan untuk lelaki tulen yang kental dan kuat bukannya mudah koyak.

“Ibarat roti dan sarkas. Dia yang selalu mulakan ejekan dan menyerang lawannya. Jangan jadi bapok la, bola sepak ini dulunya sukan untuk lelaki sejati. Jangan nak menangis.”

Komen Chilavert ke atas Vini itu mengundang kecaman ramai pihak. Ada yang menuduh dia hom*fobia dengan menggunakan ayat bapuk ke atas Vini. Chilavert terus menyelar Vini dengan menyatakan, pemain itu selalu mahukan orang kulit hitam mendapat kehidupan lebih baik, bagaimana pula dengan yang kulit putih?

“Kenapa salahnya saya cakap kepada Vinicius hari tu? Hanya kerana saya menyuruh dia lebih berakal? Kenapa dia menangis? Dia nak orang kulit hitam dapat hidup lebih baik.

“Jadi macamana dengan kami yang kulit putih ni? Patutkah kami bunuh diri? Tak perlu yang memutar belit keadaan.

“Diskriminasi wujud di Argentina, Perancis dan mana mana sahaja di dunia. Ketika saya tiba dari Paraguay, mereka panggil saya orang kebuluran, mereka panggil saya pencuri. Saya diejek oleh orang Argentina.

“Ketika saya menulis di Twitter bahawa bola sepak ini sukan untuk lelaki, mereka kutuk saya. Di paraguay perkataan bapuk tu bukan ayat hinaan.

“Si Vini ni, tengok je kamera netflix, maka dia pun mula menangis. Dia bukan perempuan yang dapat gaji USD300 dan menanggung 4 anak. Dia bermain untuk Real Madrid.

“Selain itu, dia yang memulakannya, menyerang lawannya dulu.

“Polis Brazil pun pernah bantai penyokong Argentina dan Boca sampai mati. Di mana suara Vinicius? Yang dijulang sebagai seorang pemimpin dari Brazil? Polis ini membantai kanak kanak, wanita dan orang tua. Apabila mereka membantai kamu, dia ok sahaja. Apabila orang menyakiti mereka, maka mereka pun mulai menangis.”

Baca yang lain