China nampaknya mengambil serius acara Terbuka Jepun yang akan datang. Terbuka Jepun merupakan salah satu Siri Super BWF yang menawarkan hadiah lumayan.
Selain itu, ianya juga antara kejohanan penting selepas Kejohanan Dunia yang akan datang. Ramai pemain mahu menjadikannya medan untuk memanaskan badan bagi kejohanan besar seterusnya dan memperbaiki ranking.
Kejohanan Terbuka Jepun 2022 akan diadakan pada 30 Ogos – 4 September. Hanya selepas 2 hari Kejohanan Dunia menutup tirainya.
Sebagai salah satu kejohanan peringkat Super 750, hadiah yang diberikan oleh pihak penganjur mampu membuatkan pemain teruja.
Jumlah hadiah terkumpul adalah US$750,000.
Oleh itu ramai pemain sudah bersiap sedia dengan Terbuka Jepun. Ada yang melangkau acara Terbuka Taipei 2022 untuk merehatkan diri mereka bagi mempersiapkan diri untuk Kejohanan Dunia dan Terbuka Jepun.
Salah satu perkara yang menarik perhatian orang ramai ialah kemunculan semula Shi Yu Qi dalam acara perseorangan lelaki.
[English translation] SHI Yuqi to return to the competitive scene starting with THE WORLD CHAMPIONSHIPS in Japan 2022!!!
“He has shown positive growth in all aspects, as well as a Hunger ans strong desire to fight for China’s glory.” pic.twitter.com/JiHijuIkDW
— Shu 姿萱👩💻 translating (@shitouyuqi) July 19, 2022
Shi kembali ke kejohanan rasmi selepas menerima penggantungan kira-kira satu tahun daripada Persekutuan Badminton China.
Shi bukan calang calang pemain dalam acara perseorangan. Dia malah digelar Lin Dan seterusnya dalam arena badminton China.
Lebih ironi dia menewaskan Lin Dan sendiri dalam final All England 2018 dan menjadi pemain perseorangan utama negara Tanah Besar itu.
FLASHBACK: TUC 2018 – CHINA’S YOUNG GUNS COME GOOD
he Chinese men’s team had several young players – and it was the young component of the team that stood up well under pressure.Shi Yu Qi, who had won the All England earlier that year。 pic.twitter.com/OZGGAL7P7I— 青海草原圆-爱毛胖爱国羽 (@ANGELCH85676477) May 21, 2020
Malah pada 2018 di BWF World Tour Finals, Shi turut berjaya menewaskan Kento Momota dan memenangi pingat emas.
Kariernya sangat menggerunkan lawannya. Pelbagai pencapaian cemerlangnya juga berjaya membawa Shi naik sehingga ke ranking kedua dunia bagi dalam perseorangan lelaki.
Shi digantung setahun
Tetapi yang mengejutkan adalah, Pesatuan Badminton China (CBA) telah mengenakan tindakan tatatertib kepada pemain tersebut.
Ini selepas badan badminton China itu menyiasat Shi yang sengaja menarik diri dalam acara perseorangan lelaki Piala Thomas 2020.
Sebenarnya, Momota dan Shi beraksi sangat sengit dalam set pertama. Di mana Momota memerlukan kemenangan deuce 22-20.
Pada set kedua, ketika Shi ketinggalan 5-20, dia meminta untuk menyerah kalah. Dia memberitahu pengadil bahawa dia mengalami kecederaan melecet di tangannya yang membuatkannya tidak selesa dan kesakitan.
Sebenarnya, bukan benda baru pun atlet menarik diri atau menyerah kalah ketika mengalami kecederaan. Tetapi dalam kes Shi, peminat badminton China memberikan tekanan kepada CBA agar menghukum Shi kerana menarik diri pada kedudukan mata akhir perlawanan.
CBA kemudian menyiasat insiden itu dan memutuskan untuk menggantung Shi selama setahun. Walaupun dia disahkan cedera, namun CBA mendapati isu lebih besar, Shi tidak mengamalkan semangat kesukanan.
Lebih gila, satu rakaman video di siaran berita Denmark, Shi dengan wajah selamber menggunakan ayat troll ketika ditanya kenapa dia menarik diri.
Shi berkata: “Oleh kerana saya menarik diri pada kedudukan 20-5, maka saya tak dikira kalah dalam perlawanan itu kan?”
Shi Yuqi: "Technically I didn't lose a match today, (because it's retirement),
Basically I didn't lost the second game, the score was not 21. It didn't matter.
Technically ther could still be surprises yet?"#ThomasCup2020
— Badminton Talk (@BadmintonTalk) October 16, 2021
Jawapan tidak matang itu membuatkan CBA dihentam peminat yang menganggap mereka tidak buat kerja. Tidak mendidik atlet semangat kesukanan dan profesionalisme.
Pada hari berikutnya, di media sosial Shi Yu Qi kemudian buat hal lagi. Dia menulis satu post panjang lebar sambil bergaduh dengan netizen. Dia kemudian menganjing Momota dengan menyatakan bahawa, dia sengaja menarik diri supaya Momota rasa dipermainkan ketika dia hampir menang pada kedudukan 20-5.
Lalu CBA mengumumkan bahawa Yu Qi digantung daripada tugasannya ini termasuk daripada Piala Thomas yang berlangsung tahun ini.
Jurulatih China, Zhang Jun mengesahkan bahawa dia perlu menjalani penggantungan setahun sejak peristiwa dia menarik diri dalam keadaan tak ada semangat kesukanan menentang Momota.
Zhang Jun menambah, masa setahun itu diharap cukup untuk Shi Yu Qi merenung kembali dirinya dan menyesali perbuatannya.
Dalam pada masa yang sama, CBA memberitahu Shi Yu Qi mesej jelas bahawa, tiada siapa dilayan sebagai diva di kem mereka. Malah pemain legenda seperti Lin Dan dahulu pun tetap sentiasa patuh.
Mungkin beraksi di Kejohanan Dunia
Namun Terbuka Jepun mungkin akan menjadi acara kedua Shi selepas digantung. Kerana BWF sedia memberikan dia tempat khas dalam kejohanan dunia akan datang. Namun begitu, buat masa ini China tidak bercadang menghantar Shi Yu Qi ke Kejohanan Dunia.
Badminton World Federation (BWF) council member Datuk Kenny Goh says the world body must explain why Shi Yu Qi is allowed to compete in next month’s World Championship, despite China pulling his name from the entry list.https://t.co/inAjmm4qRF #Twentytwo13 #Twentytwo13news
— Twentytwo13 (@Twentytwo13news) July 21, 2022
Selain Shi, pemain berkaliber Weng Hongyang dan Sun Feixiang juga akan muncul di Terbuka Jepun 2022.
Mungkinkah Shi Yu Qi dalam mengulangi pencapaian Lin Dan yang pernah berehat panjang (bukan digantunglah), namun berjaya naik balik dan memenangi kejohanan kejohanan besar.
After winning the Olympic gold medal in 2012, Lin Dan skipped all the BWF tournaments and his ranking dropped to 286th. Then, in 2013, he made a comeback at the World Championships, winning his fifth world champion title after defeated the first seeded LCW pic.twitter.com/dCXeNhklRv
— LVA 洛丽雅 (@loriavanessaa) July 19, 2022