China Ambil Langkah Drastik Sekat Coronavirus Termasuk Bina Hospital Kemudian Robohkannya

Kerajaan negara China mengambil langkah drastik untuk menyekat pergerakan kira-kira 26 juta rakyatnya di sekitar kawasan panas yang mencetuskan virus Coronavirus.

Ini bagi mengelakkan virus itu terus tersebar ke bandar dan wilayah yang lain di China.

Mereka menutup beberapa jambatan, menghentikan pengangkutan awam dan menutup lapangan terbang utama.

Wilayah Huangsi antara yang menjadi kawasan penyebaran wabak. Bandar berpopulasi 2.4 juta penduduk itu antara yang terbaru mengambil langkah tersebut. Ini termasuk menutup laluan feri.

Langkah itu diambil selepas coronavirus meragut 25 nyawa dan telah menjangkiti lebih 800 orang setakat ini.

Virus itu bermula di Wuhan di wilayah Hubei, dari sebuah pasar makanan laut.

Di Wuhan, kerajaan membina hospital khas untuk merawat dan menempatkan persakit coronavirus ini. Hospital itu akan dirobohkan selepas ini untuk mengelakkan penyebaran virus.

https://twitter.com/i/status/1220469185542807552

Kerajaan China sangat risau dengan keadaan itu, mengingatkan kita semua kepada wabak SARS satu ketika dahulu. Yang membunuh hampir 650 nyawa di China dan Hong Kong.

Perkhdimatan kereta api dan pesawat dihentikan daripada meninggalkan Wuhan. Bot penumpang dan bas juga dilarang masuk ke bandar mereka.

Bandar lain yang mengambil langkah sekatan perjalanan termasuk Xiantao, Chibi, Ezhou, Huanggang dan Lichuan.

Di Hubei semua persembahan kebudayaan sempena Tahun Baru Cina dibatalkan.

Baca yang lain