China Ambil Tindakan Ke Atas Ibu Bapa Kalau Anak Mereka Langgar Peraturan Sekolah Yang Serius

Parlimen China sedang membincangkan undang undang baharu tentang kanak kanak. Di mana undang undang tersebut akan membuatkan ibu bapa akan dikenakan tindakan atas kelakuan yang teruk oleh anak mereka.

Kerajaan sudah menghantar draf undang undang untuk diluluskan di Parlimen dalam pembentangan hujang pada minggu ini, menurut laporan agensi berita Reuters.

Undang undang tersebut menyatakan bahawa, ibu bapa harus bertanggungjawab di atas kelakuan teruk anak mereka dan dikira sebagai satu kesalahan jenayah.

Jurucakap perundangan kerajaan Zang Tiewei berkata: “Ada banyak sebab yang menjurus kepada kelakuan teru seorang kanak kanak yang akan mempengaruhi kelakuan mereka ketika besar nanti. Keluarga yang terpecah merupakan sebab paling kerana kanak kanak tidak mendapat pendidikan yang sebaiknya.”

Sebelum ini China berdepan dengan banyak rungutan daripada ibu bapa tentang hukuman yang anak mereka terima di sekolah. Sehingga ada ibu bapa yang mahu menyaman guru kerana mendenda dan menghukum anak mereka.

Dengan undang undang ini, selepas ini cikgu tidak perlu pening memikirkan hukuman ke atas anak anak yang bermasalah disiplin di sekolah. Kerana mereka boleh terus menyatakan perkara itu kepada ibu bapa mereka.

Jika undang undang ini diluluskan, jika anak anak mereka didapati berkelakuan sangat teruk, ibu bapa akan diminta hadir ke program pendidikan. Antara kesalahannya adalah, anak anak mereka melakukan kesalahan besar di sekolah.

Program tersebut akan mengajar ibu bapa cara meluangkan masa melakukan aktiviti dengan anak anak mereka. Seterusnya, ibu bapa juga akan diajar tentang kepentingan rehat dan riadah yang cukup. Kerana ramai ibu bapa di China terlalu menekankan anak mereka agar mengadap buku dan belajar.

Seterusnya, jika ada kanak kanak di bawah 16 tahun yang melakukan jenayah juvana, ibu bapa juga akan bertanggungjawab di atas jenayah tersebut.

Beberapa bulan lalu, Kementerian Pendidikan China telah menghadkan masa bermain video game kepada kanak kanak sekolah. Di mana mereka hanya boleh bermain pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Seterusnya China juga melarang guru guru memberikan kerja rumah terlalu banyak pada cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu.

Selain itu, pengaran tuisyen pada cuti sekolah juga tidak dibenarkan lagi. Ini kerana kerajaan mahu mengurangkan beban aktiviti pendidikan kepada kanak kanak yang sebenarnya masih di dalam proses tumbesaran dan perlu bermain serta beriadah.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai