China Dah Test Tianyi, Dron Bersenjata Untuk Menentang Keganasan

Sebuah firma di China dilaporkan sedang menguji drone kecil yang boleh membantu petugas keselamatan bagi memerangi kekacauan di jalanan.

Drone itu juga teknologi yang dikenali sebagai quadcopter yang diberikan nama Tianyi.

China juga tidak menolak kemungkinan mahu menjual Tianyi ke luar negara selepas ini.

Pemaju teknologi tersebut iaitu Tianjin Zhongwei Aerospace Data System Technology, berkata, ia akan membantu menentang orang bersenjata yang membuat kekacauan di sekitar bandar.

Jurucakap syarikat tersebut berkata: “Ianya sangat sesuai dengan keadaan tersebut termasuk untuk kegunaan asymmetric combat, counterterrorism and special forces operations, serta street battles.”

Buat masa ini syarikat tersebut masih dalam proses analisis data daripada beberapa siri ujian terkini. Dan masih belum dipastikan bila Tianyi akan dihasilkan secara lebih banyak.

Quadcopter ini dianggap salah satu teknologi yang akan membantu kerajaan China dalam membantu penguatkuasa seperti polis dan tentera dalam memerangi kecacauan dan juga rusuhan.

Sebelum ini kerajaan China telah memberikan bayangan akan menghasilkan satu teknologi bersenjata yang mampu untuk berkawal di udara.

Lantas ramai yang merasakan, apa yang dimaksudkan mereka adalah merujuk kepada quadcopter ini.

Sebelum ini, Jurucakap tentera China, Song Zhongpong pernah memberikan komen tentang Tianyi.

Beliau berkata: “Tianyi dikuasakan 4 rotors, dan sangat mudah bergerak serta menjelajah di sekitar bagunan serta mampu menghasilkan serangan yang tepat. Ia juga boleh menembak menerusi celah-celah tingkap pada jarak dekat.”

Baca yang lain