China Hadkan Sejam Sehari (Jumaat-Ahad) Saja Untuk Pelajar Sekolah Bermain Game

Kerajaan China akan mengenakan peraturan yang melarang kanak-kanak di China bermain permainan dalam talian.

Mereka yang berumur 18 tahun ke bawah hanya dibenarkan bermain selama satu jam pada hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa permainan hanya akan dibenarkan antara pukul 8 malam dan 9 malam. Polisi ini adalah untuk menangani ketagihan permainan dalam talian oleh remaja tempatan.

Dasar ini juga memerintahkan syarikat permainan untuk mengelakkan kanak-kanak bermain di luar waktu ini. Syarikat ini diminta menggunakan mekanisme berkesan untuk memastikan peraturan ini dilaksanakan.

Kerajaan akan memantau secara terperinci setiap data permainan atas talian ini. China dikenali dengan dasar kerajaan yang tegas.

Kegagalan syarikat ataupun pengeluar permainan ini boleh menyebabkan mereka diharamkan secara terus di China.

Ianya adalah sebagai respon kerajaan China kepada satu kajian yang diterbitkan oleh sebuah media kerajaan China.

Di mana kajian itu mendapati remaja China semakin teruk kecanduan permainan atas talian dan banyak kesan buruk.

Selepas kajian itu dihebahkan menerusi tv kebangsaan China, BBC melaporkan bahawa banyak syarikat permainan di China mengalami penurunan nilai pasaran.

Pada bulan Julai, gergasi permainan China Tencent mengumumkan akan melancarkan pengecaman wajah untuk menghentikan kanak-kanak bermain antara pukul 10 malam dan 8 pagi.

Dasar baru ini akan melibatkan berjuta juta pelajar di bawah 18 tahun.

Langkah itu berikutan kebimbangan bahawa kanak-kanak menggunakan kad pengenalan orang dewasa untuk melanggar peraturan dan sekatan itu. Tencent pastinya tak mahu syarikat mereka diharamkan kerana mereka adalah syarikat yang mengaut berbillion dollar setahun.

Dengan membuat peraturan baru ini, pemerintah China berharap dapat mewujudkan tenaga positif di kalangan orang muda dan mendidik mereka tentang apa yang dianggap oleh Beijing sebagai nilai-nilai kehidupan sebenar.

Peraturan ini mendapat banyak sokongan daripada ibu bapa di negara ini walaupun beberapa kritikan muncul di forum Weibo oleh pelbagai pihak termasuk pihak ibu bapa sendiri pun ada.

Ada ibu bapa yang menyatakan bahawa industri permainan atas talian sedang berkembang pesat dan anak anak mereka sedang membina karier untuknya.

Ramai remaja juga membantah peraturan ini. Ada yang menyindir kerajaan China dengan berkata: “Kalau macam tu, tentukan sahaja jadual makan dan jadual kami ke tandas.”

China sebelum ini melancarkan silibus Pemikiran Xi Jinping dalam semua tahap pendidikan mereka termasuk sekola tinggi dan Universiti.

China risau kerana semakin ramai anak muda dilihat semakin tidak menghormati pemimpin yang dianggap pemimpin legenda negara mereka.

Dan kerajaan China sedang menjejaki sesiapa sahaja yang memberikan komen yang dianggap membimbangkan pemerintah di media sosial.

Akaun media sosial mereka akan ditutup serta merta.