China Ikat Malaysia 1-1, Faisal Halim Bersiuuu Lagi!

Malaysia sekali lagi mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam aksi menentang China.

China merupakan pasukan yang berada di ranking ke-80 dunia ternyata tidak dapat menewaskan Malaysia.

Sebelum ini Malaysia turut mengikat satu lagi pasukan yang berada di 100 teratas dunia, Syria. Di mana Malaysia tempoh hari 2-2.

Dalam aksi berdepan China,  Harimau Malaya malah menjadi pasukan yang terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Faisal Halim.

Di mana dia merembat silang bola leret melepasi penjaga gol China.

China kemudian cuba mencari gol penyamaan dengan permainan lebih agresif dan tampil dominan.

Faisal Halim terus menjadi masalah China, apabila dia mencipta peluang gol cantik kepada rakannya dan bola masuk.

Malang sekali Faisal hanya sedikit sahaja ofsaid.

Pada minit ke-36, China menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Ling Liangming yang menerima bola kedua.

Pada separuh masa kedua, Malaysia bekerja keras menafikan serangan China yang sangat pantas pada fasa serangan balas.

China kemudian banyak melakukan percubaan dari luar kotak penalti akibat buntu untuk menembusi blok pertahanan yang kompak.

China tetap melakukan ancaman menerusi percubaan dari dalam kotak penalti tetapi ketumpulan menjadi isu utama.

Syihan Hazmi menafikan tandukan lawan yang sangat bahaya.

Malaysia berjaya bertahan dengan sebaiknya untuk memastikan perlawanan ini tidak dimenangi China.

Tamat perlawanan, China 1 Malaysia 1.

Ternyata dalam perlawanan ini Malaysia terus menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan untuk melaksanakan gameplay.