Datuk Lee Chong Wei mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama sekali di Malaysia.
Sebagai seorang rakyat Malaysia pastinya beliau ramai rakan yang beragama Islam sejak dari kecil lagi dan ketika berada di kem latihan pusat.
Lee Chong Wei menganggap puasa pada tahun ini agak istimewa kerana ianya berlangsung ketika PKP.
Beliau menyatakan ia pasti akan diceritakan kepada generasi yang akan datang.
Chong Wei berkata: “Happy Ramadan kepada semua umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia.”
“Bulan puasa 2020 mmemang special. I pasti semua rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kekapsa anak-anak cucu-cucu nanti masa akan datang.”
“Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan semua dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dengan keluarga tersayang.”
“Bersyukur kerana ramai yang tidak dapat bersama keluarga akibat Cov19 ni.”
Beliau kemudian mengimbas kembali satu peristiwa yang beliau tidak boleh lupakan berlaku ketika bulan puasa.
Ketika itu beliau dan rakan-rakannya berada di pusat latihan.
Dan entah apa yang berlaku pada hari itu jurulatih mereka berangin je sepanjang hari.
Para atlet diarah berlari 12km dalam keadaan panas terik.
Namun apa yang membuatkan Datuk Lee Wei kagum apabila seorang rakannya yang beragama Islam menunjukkan kekuatannya ketika itu.
Rakannya itu kelihatan pucat selepas berlari 12km. Namun dia tetap berpuasa. Lee Chong Wei menganggap peristiwa itu sebagai perkara yang memberikan kesan di hatinya.
Ia membuatkan beliau sangat hormat kepada rakannya yang beragama Islam yang masih turun berlatih dan berlari tanpa meminta pengecualian pun.
“I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk bukit jalil. Bulan puasa. Training penat gila.”
“Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu.”
“Bawak team pemain pelapis termasuk saya pergi trek balapan. Suruh lari 12 km terus. Punyalah panas.”
“Sambil I, lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu mcm I. Tanya dia, ok tak?”
“Dia jawab ok walaupon muka pucat. Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambil basahkan muka sebab panas.”
“H pon sampai. Ingtkan nak minta air [untuk diminum], kita pon standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sangat.”
“Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur.”
“Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang!”
Selamat berpuasa kepada korang semua. Semoga puasa korang tahun ni dipermudahkan.