Chong Wei Terkejut Dan Tahu Siapa Yang Cuba Rasuah Rakan Baiknya Taufik Hidayat RM60K

Legenda badminton Indonesia dan dunia, Taufik Hidayat membuat pendedahan mengejutkan baru baru ini,.

Di mana beliau menyatakan ada pegawai badminton Malaysia yang secara terbuka datang kepadanya agar dia sengaja tewas kepada Lee Chong Wei.

Taufik yang merupakan salah seorang daripada legenda kelompok big 4 dalam eranya, bersama dengan Peter Gade, Lin Dan dan Chong Wei diminta untuk menjual perlawanan.

Dipteik daripada laporan media di Indonesia, Taufik berkata: “Seorang pegawai datang dan meminta nombor telefon, kami akhirnya bertemu. Ketika ditanya mengapa, dia berkata ‘bisakah kamu kalah dengan Lee Chong Wei?’ itu saja, “kata Taufik.

Taufik menyatakan ketika itu dia sangat marah mendengar kata kata seseorang yang mahu dia menggadaikan maruah negaranya. Pegawai itu juga menawarkan sejumlah wang kepadanya.

Difahamkan pegawai itu menawarkan rasuah yang nilainya dua kali ganda daripada bonus yang akan Taufik dapat jika dia memenangi emas Sukan Asia 2016. Lalu Taufik mendedahkan bahawa pegawai dari Malaysia itu menawarkan RM60k kepadanya, dua kali ganda daripada bonus kemenangan Sukan Asia.

“Dia bertanya berapa banyak bonus Indonesia jika dia menang, dia bilang dia mahu menggandakannya, akhirnya saya mulai beremosi. Lalu aku berkata ‘bagaimana kalau dia kalah, aku bayar?'” Kata Taufik.

“Saya begitu emosional sehingga saya berkata ‘jika anda berada di Indonesia, anda tidak dapat pulang’, dia berani meminta saya menjual nama Indonesia, sama seperti menjual negara itu,” katanya.

Itu telah menjadi motivasi Taufik untuk menewaskan Lee Chong Wei. Dan pemain legenda itu menyatakan pegawai Malaysia itu sejak itu tak pernah datang ke Indonesia kerana malu.

Taufik memenangi emas pada masa itu selepas menewaskan Lin Dan di final.

Lee Chong Wei terkejut mendengar pengakuan Taufik itu dan menghubungi pemain itu. Dipetik dari NST, Lee Chong Wei menyatakan bahawa hubungan pershabatannya dengan Taufik Hidayat masih teguh.

Malah Lee Chong Wei bangga kerana Taufik Hidayat juga sepertinya, seorang yang tidak akan sesekali menggadai maruah negara walaupun dalam apa juga nilai dan harga.

Chong Wei berkata: “Sejujurnya, saya tidak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut ketika orang mula menghubungi saya hari ini.

“Taufik adalah kawan baik saya, jadi saya segera menghubunginya. Dia memberitahu saya apa yang telah berlaku.

“Untungnya bagi orang seperti Taufik dan saya, maruah  negara selalu diutamakan.”

Awani melaporkan bahawa Datuk Lee Chong Wei mengenali siapakah gerangan individu yang cuba merasuah rakannya itu. Namun beliau enggan mendedahkannya kerana itu adalah perkara yang sudah lama berlaku.

Pada masa yang sama Lee Chong Wei memberitahu, beliau juga pernah didatangi oleh bookie tetapi beliau tidak pernah melayannya kerana maruah negara sentiasa di dadanya.