Chong Wei Upload Video Latih Anak Di Ruang Tamu Dengan Lagu Saya Anak Malaysia

Pada ketika PKP, kita semua diminta untuk terus duduk di dalam rumah, bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak covid-19.

Datuk Lee Chong Wei tidak terkecuali. Beliau juga berada di rumah dan bersama dengan keluarganya.

Namun sebagai seorang atlet, pastinya tak sah kalau tak keluar peluh kan?

Tetapi Datuk Lee Chong Wei tidak menjadikan itu alasan untuk beliau keluar dan bermain badminton di luar.

Beliau kemudian membina gelanggang latihan badminton di dalam rumahnya, di ruang tamu.

Lee Chong Wei melatih anaknya, bermain badminton dan pada masa yang sama untuk kekal cergas dan sihat.

Video tersebut dimuat naik oleh Datuk Lee Chong Wei semalam dengan berlatar belakangkan lagu ‘Saya Anak Malaysia.

Pemenang pingat perak Olimpik itu meluangkan masa beliau memberikan beberapa tips berharga – sambil family bonding:

Dalam statusnya beliau menulis: “Saya rasa ianya keputusan yang baik walaupun sukar untuk melanjutkan lagi MCO sehingga 28 April ini.”

“Semua kena menjaga kesihatan fizikal dan mental. Ingat, ada ramai lagi orang di luar sana yang menderita lebih daripada kita.”

Jadi, carilah inisiatif seperti Datuk Lee Chong Wei untuk bersenam di rumah.

Legenda Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei dianggap legenda dalam arena badminton dunia. Pemain yang pernah mewujudkan persertuan dengan Lin Dan.

Pada 13 Jun 2019, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sah mengumuman pesaraannya hari ini selepas 19 tahun dalam arena sukan.

Menurut Chong Wei, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihadapinya.

“Keputusan yang dilakukan ini sangat sukar untuk dilakukan dan saya mengambil masa selama sebulan sebelum memutuskan untuk bersara.

“Sepatutnya saya merancang untuk bersara selepas sukan Olimpik di Tokyo pada tahun depan namun tidak dapat dilakukan kerana masalah kesihatan tidak mengizinkan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong saya sepanjang karier selama 19 tahun,” katanya sebak.

Chong Wei berkata demikian ketika menyampaikan ucapan persaraan beliau di Menara KBS, Putrajaya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jurulatih Datuk Misbun Sidek di atas segala tunjuk ajar dan sokongan kepadanya selama pembabitannya sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

Sebelum ini, beliau sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak mengambil cuti pada penghujung April lepas bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.

Ia bagi mencegah kanser hidung yang dihadapinya menyerang kembali selepas mendapat nasihat doktor.

Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

Beliau juga tiga kali muncul naib juara dunia bermula edisi 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2015 di Jakarta.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai