CIMB Nafi Rembat Duit Pelanggan Sesuka Hati, Ini Penjelasan Mereka

Semalam kecoh apabila ramai menyatakan mereka menjadi mangsa hilang duit dalam akaun CIMB.

Transaksi dengan butiran dengan direct debit membuatkan ramai pelik, atas transaksi apa wang mereka dipotong secara terus.

Ramai yang mengadu dan mahukan penjelasan serta wang mereka dikembalikan.

Dan ada menyatakan, sekarang ini logo sotong dengan muka bernafsu oleh CIMB kini bermakna.

Para pengguna meminta penjelasan daripada CIMB tentang apa yang sebenarnya dah berlaku?

“Hello CIMB, excuse me, mandrem apa korang buat ni? Sila jelaskan tentang transaksi direct debit ni.”

https://twitter.com/Vvnssaaa/status/1246361069607510016

“CIMB, buat kelakar apa ni, potong duit saya walaupun saya tak pernah balik Malaysia, ataupun membeli barang di atas talian. HELLOOOOOO?”

 

CIMB: Itu transaksi yang tak selesai sepenuhnya

CIMB kemudian tampil dengan penjelasan. Mereka menafikan direct debit itu dipotong dan dirembat sesuka hati.

Malah CIMB mejelaskan butiran direct debit itu merujuk kepada transaksi oleh pengguna yang masih tergantung dan tak dipotong sepenuhnya.

CIMB dalam kenyataan mereka berkata:

Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan.

Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan/ perkhidmatan penstriman dalam talian.

Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung.

Namun begitu penjelasan CIMB itu bertukar menjadi medan kecaman lebih teruk. Malah ada yang menganggap CIMB buta hati, salahkan  pelanggan pula.

“Pelanggang juga yang salah? Saya tak pernah melanggan ataupun membeli barang dari luar negara. 2 persetubuhan ratus ringgit. Gila la korang punya tahap keselamatan.”

“Memula RM 55.55, lepas tu RM20.10. Hello kau bagitau aku apa benda aku beli guna cimb ni? No details at all. Aku subscribe netflix and spotify pun guna maybank tau. Kau jawab sekarang!!!”

Seorang lagi pengguna CIMB berkata: “Sangat mengelirukan mengubah terma Direct Debit & mengizinkan pembelian online di beri privilege.”

“Amalan perbankan yang biasa Direct Debit merujuk kepada transaksi dilakukan sendiri oleh pihak bank samada melalui debit advise/note/si. Saya berpendapat CIMB seolah membuka ruang.”

“Saya meminta CIMB memberikan penjelasan kepada pemilik akaun yang terkesan daripada ‘privilege’ Direct Debit dengan memberi menyatakan nama Syarikat/Organisasi wang telah di Credit kan.”

“Ini penting supaya pemilik akaun dapat menghentikan arahan pembayaran dan menyelamat wang daripada terus dipotong.”

Nampaknya masih ramai yang tak puas hati dengan CIMB walaupun mereka sudah memberikan penjelasan.

Korang ada yang terkena tak semalam? Mujur saya pakai Yippie Maybank.

Baca yang lain