Cinggey Tammy Abraham Pula Kutuk Tuchel Sebab Tak Turunkan Kekasihnya

Awek kepada Tammy Abraham, Leah Monroe telah membuat keputusan paling besar dalam hidupnya apabila mengkritik Tuchel seolah olah dia seorang pundit.

Leah mengutuk Tuchel secara terbuka menerusi instagram miliknya. Namun seperti yang sering berlaku ‘selepas rakam delete’, Leah telah memadamkan status itu selepas memuatnaiknya.

Leah Monroe bengang dengan keputusan Tuchel yang mengetepikan teman lelaki dan cinta hatinya, Tammy Abraham dari skuad final Piala FA Chelsea berdepan dengan Leicester City.

Abraham sebelum ini telah berjaya menjaringkan empat gol dari tiga penampilan dalam aksi saingan Piala FA sepanjang musim ini.

Malangnya Tammy Abraham jelas sekali bukan pilihan Tuchel. Di mana pengendali asal Jerman itu beterusan memberikan kepercayaannya kepada Timo Werner.

Chelsea tewas 0-1 kepada Leicester dalam aksi final.

Abraham merupakan pemain yang kerap diturunkan oleh Lampard yang sanggup menggunakan Werner sebagai winger.

Keputusan Tuchel mengetepikan penjaring utama seperti Abraham telah mengundang pelbagai reaksi dari kalangan peminaat serta pemerhati bola sepak.

Leah berkata: “Entah macamanalah cara kamu membuat keputusan untuk mengetepikan penjaring terbanyak kamu dari skuad untuk perlawanan akhir?”

“Orang yang sama yang malah menjaringkan gol yang sebenarnya melayakkan kamu untuk pertandingan ini. Semua ini tak masuk akal bagi saya.”

Tindakan Leah ini adalah yang kedua, melibatkan kekasih atau isteri pemain yang mengkritik orang dalam pasukan secara terbuka sejak Tuchel mengambil alih.

Sebelum ini isteri kepada Thiago Silva mengkritik Timo Werner yang menurutnya menyusahkan pasukan yang diwakili suaminya.

Namun selepas kejayaan menyingkirkan Real Madrid, isteri Thiago Silva dengan selambernya membuat pusingan u dan memuji Werner sebagai hebat.

 

Baca yang lain