Cinta Pedersen Dan United Yang Tak Pernah Bersatu Kerana Giggs Bermain Bola 200 Tahun

Morten Gamst Pedersen mengesahkan bahawa rumors beliau diintai oleh Man United adalah benar. Beliau juga menyatakan bahawa pada satu ketika beliau benar benar hampir ke United.

Namun pemain itu ketika itu menyatakan bahawa peluangnya ke United terhalang kerana Giggs terlalu bagus. Dan dia pula bukan jenis pemain yang sesuai untuk sekadar di bangku simpanan.

Pedersen membuat perbandingan: “Perpindahan ke Man United masa tu akan berlaku jika Ryan Gigss tidak bermain untuk 200 tahun lagi,” merujuk kepada Ryan Giggs yang evergreen.

Giggs ternyata benar benar bermain sangat lama. Dan hanya meninggalkan United ketika berusia 42 tahun.

Pedersen pada masa yang sama agak sedih bila mengingatkan semula peluang berharga itu yang hadir kepadanya tetapi tak pernah terlaksana.

Legenda di Ewood Park

Pedersen bermain di Ewood Park sebanyak 349 kali dan meninggalkan kelab itu pada 2013.

Morten Gamst Pedersen antara pemain berbakat besar yang tidak mencipta nama dengan kelab besar. Namun semua peminat memperakui kehebatannya. Pemain sayap kiri Norway itu dianggap sebagai salah seorang pemain sayap terbaik pada eranya.

Beliau juga menyatakan, dia sangat sukar meninggalkan Blackburn, namun apakan daya, kariernya pasti menemui penghujungnya.

“Saya ketika tu tak pasti 100% yang saya akan meninggalkan kelab, saya sangat sedih dan menangis. Sangat sukar untuk meninggalkan mereka.”

“Namun  kekadang, kamu harus melakukannya walaupun saya mahu kekal lebih lama.”

Pedersen pemain yang berbadan kurus namun dia cepat sekali beradaptasi dengan Liga Inggeris yang fizikal. Dia menyatakan bahawa, untuk bermain di EPL, seseorang pemain sayap itu perlu berfikiran dan bertindak lebih pantas daripada biasa.

Pedersen melakukan debut ketika Souness menjadi pengurus. Dan debut itu adalah menentang Man United di Old Trafford. Manchester United adalah kelab yang beliau sokong sejak kecil.

Pedersen menjadi bintang yang membuatkan ramai pengurus kelab besar kagum termasu Sir Alex Ferguson.

Sir Alex malah pernah mendedahkan bahawa beliau berminat untuk mendapatkan Pedersen selepas pemain itu sentiasa menjadi masalah kepada Man United setiap kali mereka bertemu.

SAF berkata: “Nampaknya Pedersen ini sudah membina reputasinya sendiri setiap kali menentang kami,” kata Fergie pada 2006.

Sir Alex jelaskan kenapa dia tak pernah bida Pedersen walaupun memantaunya

Sir Alex kemudian mengakui dia menghantar scouting team untuk memantau Pedersen.

“Kami memantau beberapa aksi dia dan beberapa laporan tentangnya sangat bagus.”

“Cuma masa itu kami terpaksa melupakan dia kerana kami baru sahaja mendapatkan Cristiano Ronaldo dan masih ada Ryan Giggs – serta Kieran Richardson dinaikkan ke pasukan utama.”

“Benda macam ni selalu berlaku. Banyak kali kamu akan tertarik dengan seseorang pemain namun kamu harus akur kerana posisi itu sudah terlalu ramai pemain. Tiada apa yang kamu boleh lakukan.”

Pedersen sentiasa berbangga menyatakan bahawa beliau adalah fans tegar Manchester United. Dan berkata dia sangat teringin untuk menyarung jersi Setan Merah itu.

“Banyak rumors masa tu. Saya tahu Man United mengikuti perkembangan saya sejak saya di Tromso dan ketika kemuncak prestasi saya di Blackburn.”

“Saya mendapat tahu bahawa mereka berminat dengan saya. Mereka memantau aksi saya.”

Pedersen: Giggs punca saya tak pernah ke United

“Berapa dekat saya ke United? Saya tak tahu nak jelaskan berapa hampir. Ianya boleh berlaku jika Giggs tidak bermain untuk 200 tahun lagi.”

“Semasa saya kecil di Norway, saya peminat tegar Manchester United. Saya bukanlah jenis fanatik, namun saya sentiasa berpendapat, sentuhan Sir Alex adalah luar biasa.”

“Sungguh sukar dipercayai apabila saya pernah bersua dan bercakap dengan orangnya sendiri.”

“Sudah tentu kamu tak akan mendengar banyak pujian daripada pengurus macam dia. Kami selalu bercakap pasal banyak perkara, bola sepak, Norway. Dan saya pernah hadiahkan Ferguson wain dengan nama saya padanya, itu tersimpand di rak wain dia.”

“Perkara yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah, dia insan yang sangat baik. Setiap kali bertemu dengannya, dia sentiasa tersenyum. Dan saya rasa dia sukakan saya sebagai seorang manusia. Saya tak pernah ada masalah dengan dia. Dia sentiasa bercakap benda baik baik dengan saya.”

Ditanya adakah beliau akan menerima tawaran daripada United jika itu berlaku. Pedersen menjawab: “Perlu ke tanya soalan macam tu? Dah tentulah.”