Manchester City melayan kunjungan Liverpool dalam aksi EPL yang disambung semula selepas rehat antarabangsa. Ianya pertemuan melibatkan 2 pasukan teratas sebelum sepak mula minggu ini.
Di atas padang, Man City memulakan perlawanan dengan sangat dominan. Mereka melakukan beberapa siri ancaman terutama sekali menerusi gerakan yang berasaskan Doku di sebelah kiri.
Pada minit ke-11, Liverpool hampir dihukum oleh Phil Foden, namun percubaan pemain itu gagal menerjah gawang.
Darwin Nunez juga sempat menguji Ederson dengan tandukan bahaya membuatkan penjaga gol City itu dipaksa melakukan world class save.
Man City mendapat gol pendahuluan menerusi Erling Haaland pada minit ke-27. Ianya berpunca daripada kesilapan Alisson Becker yang melakukan sepakan gol lemah dan dirampas oleh pemain City.
Ake melakukan gelecekan yang kemas dan menghantar bola tepat ke kaki Haaland yang tidak melakukan kesilapan menghukum Alisson.
Menjadikan Haaland sebagai pemain terpantas menjaringkan 50 gol dalam EPL. Dia melakukannya dalam 48 penampilan pertamanya.
ERLING HAALAND IS THE FASTEST TO SCORE 50 PREMIER LEAGUE GOALS (48 APPS) 🤖 pic.twitter.com/if5QKLzR25
— B/R Football (@brfootball) November 25, 2023
Liverpool cuba memberikan respon segera dan bermain lebih baik dalam serangan mereka.
City mendapat beberapa siri peluang lagi namun aksi separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.
Pada separuh masa kedua, Darwin Nunez melakukan percubaan bahaya ke arah gawang City yang ditepis oleh Ederson.
Erling Haaland hampir menambah gol untuk City apabila dia melakukan kontak ke atas bola di hadapan Alisson, tetapi penjaga gol Brazil itu mengamankan keadaan.
Liverpool akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 menerusi Trent Alexander Arnold. Yang melakukan leretan kemas menewaskan Ederson selepas dia menerima hantaran mudah daripada Mohammed Salah.
Pep Guardiola's reaction after Trent Alexander-Arnold's equalizer for Liverpool 😰 pic.twitter.com/EkqGWUddv2
— ESPN FC (@ESPNFC) November 25, 2023
Pada masa kecederaan, Bernardo Silva melakukan percubaan deras dari dalam kotak penalti yang dihadang oleh Joel Matip.
Haaland turut memiliki peluang keemasan ketika dia menanduk hantaran daripada sepakan percuma Julian Alvarez. Namun tandukannya sedikit tersasar.
Tamat perlawanan Man City 1 Liverpool 1. Kedua dua pengurus terpaksa berpuas hati dengan 1 mata.
Liverpool menamatkan rekod 23 kemenangan berturut turut Man City di tempat sendiri dalam semua pertandingan yang menyamai rekod Sunderland pada 131 tahun yang lalu.