City 6 United 3: Haaland Dan Foden Cetak ‘Double’ Hatrik

Manchester United telah dibelasah oleh Manchester City dalam aksi derbi London. Yang menyaksikan skuad bimbingan Erik Ten Hang kalah 6-3.

Manchester United bermula dengan agak gemuruh. Melepaskan foul kad kuning seawal minit kedua menerusi Diogo Dalot.

Pada separuh masa pertama, Manchester City menjaringkan 4 gol tanpa balas. Bermula daripada gol Phil Foden pada minit kelapan hasil umpanan Bernardo Silva.

Erling Haaland dan Kevin De Bruyne kemudian bergandingan untuk 2 gol City seterusnya menerusi Haaland.

Pada minit ke-44, Erling Haaland mencipta 1 assist untuk disempurnakan oleh Foden untuk City masuk ke bilik persalinan dengan keputusan 4-0.

Pada separuh masa kedua, Manchester United menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-56 menerusi Antony hasil umpanan Christian Eriksen.

Tetapi Haaland menjaringkan hatriknya pada minit ke-64 selepas menerima umpanan Sergio Gomez untuk menjadikan kedudukan 5-1.

Manchester United ni terus menerima nasib malang apabila Phil Foden menjadi pemain kedua melakukan Hatrik untuk Manchester City pada minit ke-72.

Sebelum ini tiada seorang pun pemain Man City melakukan hatrik dalam aksi Derbi Manchester dan kali ini ada dua pemain melakukannya dalam satu hari.

Anthony Martial menyelamatkan sedikit maruah Manchester United dengan menjaringkan 2 dua gol lagi untuk menjadikan kedudukan 3-6.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai