City Masih Belum Ampunkan Yaya Toure Selepas Mengutuk Pep Guardiola

Bekas pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure mengakhiri kariernya di City dalam keadaan yang tidak sepatutnya setelah dia mencerca bekas pengurusnya, Pep Guardiola menerusi media.

Bekas bintang Manchester City, Yaya Toure telah mendedahkan dia menulis surat permintaan maaf untuk cuba mengakhiri permusuhannya yang lama dengan Pep Guardiola mengenai komen yang dibuatnya mengenai perlakuan pengurus terhadap bintang Afrika.

Di mana Yaya menyatakan bahawa Pep Guardiola tidak suka dengan pemain pemain Afrika. Perkara itu didedahkan oleh ejennya yang membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Ejen beliau kemudian menyumpah Pep Guardiola akan sial dalam saingan UCL kerana santet dari bomoh Afrika.

Yaya Toure dianggap pemain penting dalam sejarah moden Manchester City sepanjang kariernya di Etihad dari 2010 sehingga 2018.

Persembahannya yang hebat di bahagian tengah menjadikan bekas pemain itu sebagai idola para penyokong, Dan sekarang beliau berusaha memperbaiki kerosakan dengan Guardiola dan pegawai City yang lain.

Yaya Toure tampil dalam satu sesi temuramah dengan Daily Mail, beliau berkat : “Wawancara itu adalah kesalahan saya yang besar dan dan sangat besar.” k

“Apabila anda memberikan kepercayaan, pandangan anda kepada seseorang, mereka boleh memutar belitkannya.”

“Saya sedar beberapa kakitangan staf tidak gembira. Saya menghantar e-mel dan surat untuk cuba berkomunikasi dengan beberapa orang penting di sana untuk meminta maaf dan mengatakan bahawa saya melakukan perkara yang teruk keapada kelab tetapi saya tidak mendapat maklum balas.”

“Saya mahukan kedamaian. Kami tidak menginginkan [persahabatan] seperti ini sepanjang masa. Demi kasih sayang para peminat, untuk cinta kelab ini, kadang-kadang perkara harus diselesaikan dengan cara yang betul. Saya telah berhubung dengan beberapa orang di sana. ”

Wawancara yang kontroversi, yang diterbitkan setelah Toure keluar dari kelab pada tahun 2018, menuduh Guardiola sangat tidak suka untuk bekerja dengan pemain dari Afrika.

Pada masa itu, Yaya dipetik berkata: “Dia [Guardiola] menegaskan dia tidak memiliki masalah dengan pemain kulit hitam, kerana dia terlalu pintar untuk kantoi.”

“Tetapi apabila anda menyedarinya, dia mempunyai masalah dengan orang Afrika, ke mana kelab pun dia pergi. Dia tidak akan pernah mengakuinya.”

“Tetapi pada hari dia akan membariskan pasukan di mana kita akan menjumpai ada lima orang Afrika, bukan pemain naturalisasi, saya berjanji akan mengirimkanya kek.”

Walaupun Toure masih menjadi wira City di hati ramai peminat, namun ramai juga yang terasa hati dengan kelakuannya. Yaya sangat sayangkan City sehingga dia menolak untuk menyertai kelab EPL yang lain.

“Saya hampir bergabung dengan Chelsea, Juventus dan Inter juga. Chelsea pasti pilihan yang mudah kerana mereka sudah mempunyai kisah sebagai sebuah kelab yang hebat. Didier Drogba juga ada di sana.”

“City adalah kelab yang lebih menuntut, jika anda memahami maksud saya. Mereka mengatakan mereka akan berubah, mereka mahu menjadi kelab besar, lebih baik daripada jiran mereka.”

“Carlos Tevez adalah nama besar pada masa itu tetapi dia cukup prihatin, ketika anda melihat pemain seperti (Emmanuel) Adebayor, Robinho …”

“Manchester City melakukan urusan yang sangat baik, bahkan pemain pemain seperti itu boleh dilepaskan kerana tidak beradaptasi dengan sebaiknya dengan kelab.”

Tetapi saya berfikir untuk pergi ke kelab di mana orang dapat melihat saya. Di Barcelona saya dikelilingi oleh pemain hebat – Xavi, Iniesta, Messi – dan itu bermaksud orang menganggap mudah untuk saya bermain dengan mereka. Setelah saya berpindah ke City, orang mula menyedari betapa saya seorang yang berkemampuan. “

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi