Manchester City meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan bek tengah muda berpotensi besar RB Leipzig iaitu Josko Gvardiol.
Pemain itu sudah memberitahu Leipzig bahawa dia benar benar berminat menyertai Man City.
Namun masalah utama perpindahan ini adalah pada kesepakatan harga.
Manchester City hanya menawarkan €90 juta untuk mendapatkan bek tengah berusia 21 tahun dari Croatia itu.
Leipzig menyatakan bahawa mereka tidak ada keperluan mendesak menjual pemain itu kecuali Man City sedia membayar €100 juta untuk pemain tersebut.
Hal ini kerana Leipzig sudah melanjutkan kontrak pemain itu sehingga 2027 sebelum ini.
Pep Guardiola benar benar mahukan Gvardiol yang dianggap sebagai tenaga muda untuk masa depan kelab.
Dengan pemain seperti Laporte sudah menyatakan bahawa dia sedia untuk meninggalkan kelab itu.
Manchester City will keep working on Joško Gvardiol deal next week. Talks will enter into advanced stages with Leipzig with new verbal bid. 🚨🔵 #MCFC
Exclusive story from yesterday: personal terms, 100% agreed. Gvardiol said yes.
Leipzig want at least €100m.
More to follow. pic.twitter.com/0nF6B3CvrZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 25, 2023
Gvardiol dipercayai memiliki segala ciri ciri dimahukan Pep Guardiola pada seorang bek tengah. Terutama sekali usianya yang sangat muda dan cepat matang.
Rundingan antara Man City dan Leipzig masih berjalan lancar untuk pemain ini.
Dan City benar benar yakin bahawa mereka akan dapat menandatangani pemain tersebut. Sementara Leipzig juga yakin mereka akan mendapat nilai yang mereka mahukan.
City kini akan berbincang dengan Pep Guardiola, sama ada dia benar benar mahukan perpindahan ini. Dan BILD menjangkakan City sedia memenuhi tuntutan harga €100 juta oleh Leipzig itu. Menjadikan dia pemain bek tengah paling mahal dalam sejarah, menewaskan Harry Maguire.
[🚨] BREAKING: Leipzig director Eberl: Gvardiol and his agents gave us their desire to move to #ManCity. We are in talks with City for €100 million +, Gvardiol will end up In Pep's hands. The value would make Guardiol the most expensive defender. It might take a few more days." pic.twitter.com/vvfiTCF8S1
— City Zone (@City_Zone_) July 2, 2023
Sebelum ini kelab itu sudah menjual pemain no.10 mereka Dominik Szoboszlai kepada Liverpool dengan bayaran klausa pelepasan €60 juta.
Untuk Szoboszlai, tidak ada banyak kuasa untuk Leipzig ada bagi menghalang pemain itu kerana ada klausa pelepasan.
Namun untuk Gvardiol mereka ada kawalan penuh pada tanda harga.
Jika berjaya mendapatkan €100 juta untuk Gvardiol, Leipzig akan menjana €160 juta hanya menerusi penjualan 2 pemain ke kelab EPL.
Ianya pendapatan sangat tinggi!
Sebelum ini City menarik diri daripada tanda harga €115 juta untuk Declan Rice. Di mana CEO kelab, Ferran Soriano menjelaskan bahawa kelab itu sudah mengamalkan polisi perbelanjaan berhemah sejak 5 tahun terakhir ini.
Tidak seperti ketika mereka mulai dimiliki Sheikh Mansour dulu.
“Apabila kami rasakan rundingan itu tidak kena dengan cara kami, maka kami akan membiarkan sahaja rundingan itu. Kami bukan pasukan berbelanja paling tinggi dari segi perbelanjaan bersih tahun lalu, 2 tahun lalu atau 5 tahun lalu,” tegas beliau.