‘City Tak Akan Sebesar United Kerana Pakai Duit Kerajaan’ – Jamie O’Hara

Jamie O’Hara menyatakan bahawa Manchester City tidak akan pernah lebih besar daripada Manchester United walaupun kelab itu ada lebih 2 kali ganda medal UCL daripada Manchester United.

O’Hara berpendapat, Man City kuat kerana mereka disokong oleh dana kerajaan. Sedangkan Man United beroperasi sebagai kelab yang menjana pendapatan sendiri.

Jamie O’Hara berkata: “Manchester City tidak akan pernah sebesar Man United walaupun mereka menang 6 UCL sekalipun.

“Ketika saya terlantar di atas katil ketika saya mati, saya berani berikan kamu jaminan bahawa Man United masih lebih besar daripada Man City.

“Kamu tak boleh bandingkan Man City dengan Real Madrid, Barca, Liverpool dan Manchester United. Real Madrid dan Barcelona sentiasa akan jadi Real Madrid dan Barcelona. Dan Manchester United dan Liverpool akan tetap Man United dan Liverpool – tak kiralah dekad mana.

“Manchester United masih kelab terbesar di dunia. Man City dibiayai kerajaan dan mereka ada Pep Guardiola sebagai pengurus. Dan biar saya ingatkan kami, perkara ini akan berubah juga suatu hari nanti,” tegas O’Hara yang yakin pemilik City dan Guardiola akan meninggalkan kelab itu juga.

Semalam Man United berjaya menewaskan Manchester City dalam aksi final Piala FA. Ianya adalah kejuaraan Piala FA yang ke-14 dalam sejarah kelab itu. Hanya Arsenal yang lebih banyak memenanginya dengan 14 kejuaraan keseluruhannya dalam sejarah pertandingan.

Kemenangan yang menjamin tempat Man United di Europa League musim hadapan. Dan menghalang Man City daripada memenangi piala berganda musim ini. Musim lalu Man City menang treble.