City Tampil Dominan, Namun Perlukan Magis De Bruyne Untuk Elak Kalah

Aksi semifinal UCL musim ini bermula dengan aksi Real Madrid vs Man City di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid.

Dengan ianya merupakan aksi tumpuan melibatkan juara bertahan UCL menentang pasukan pilihan, Man City.

Sebelum perlawanan, Pep Guardiola mengingatkan pemainnya agar membawa mentaliti dan fokus yang betul dalam perlawanan ini.

Seperti dijangka Man City tampil dengan aksi lebih dominan. Menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa siri peluang.

Namun sebenarnya Real Madrid yang terlebih dahulu mendahului menerusi gol cantik Vinicius Jr pada separuh masa pertama. Ianya adalah pertama Real Madrid pada separuh masa pertama dan terus masuk.

Jaringan itu juga merupakan jaringan ke-22 Vini Jr. musim ini bersama dengan Real Madrid.

Erling Haaland tidak mampu melepasi kawalan ketat Rudiger sepanjang separuh masa pertama.

Man City menyamakan kedudukan menerusi Kevin De Bruyne pada minit ke-67 separuh masa kedua.

Man City yang dominan sepanjang malam pastinya berasa lega dengan magis De Bruyne sekali lagi menyelamatkan mereka.

Ia juga satu gol daripada rembatan cantik slice shot berkelas dunia daripada pemain antarabangsa Belgium yang menjadi nadi penting City setiap musim.

Aksi timbal balik akan berlangsung selepas ini di Etihad. Ianya akan menjadi perlawanan yang lebih menarik kerana kedua dua pasukan akan bermula dengan kedudukan tiada kelebihan agregat.

Memandangkan UCL sudah memansuhkan peraturan kelebihan gol tempat lawan.