Manchester City mengeluarkan kenyataan rasmi mendakwa bahawa mereka menang dalam rayuan atau cabaran mereka ke atas pertuduhan yang dibuat oleh Premier League berkaitan peraturan transaksi pihak bersekutu (APT).
APT merujuk kepada transaksi yang dibuat oleh syarikat yang ada kaitan dengan pemilik kelab. Misalnya Etihad Airways dan Manchester City. City menegaskan bahawa mereka menang dalam tuntutan mereka ke atas peraturan yang dianggap menindas pemilik dari teluk.
Kes ini tiada kaitan dengan dakwaan 115 salah laku kewangan yang sedang berjalan ketika ini.
Namun Man City menegaskan bahawa mereka menang dalam perjuangan mereka untuk memenangi kes APT berkaitan dengan penajaan. Dan ini membuka laluan yang penting dalam usaha mereka memenangi perjuangan mempertahankan diri mereka daripada 115 pertuduhan itu.
Dalam kenyataannya, Man City berkata: “Premier League telah didapati telah menganiayai kami dengan kuasa yang dominan ada pada mereka. Tribunal mendapati bahawa kedua dua peraturan tersebut adalah tidak ada secara struktur dan Premier League tidak adil dalam mengenakan peraturan tersebut ke atas kelab.
“Peraturan tersebut didapati satu penindasan melalui cara ianya beroperasi, kerana ianya dengan sengaja mengabaikan pinjaman oleh pemilik saham kelab.
Manchester City menuduh Premier League telah melanggar peraturan yang mereka sendiri buat.
🚨🔵 Manchester City statement confirm legal win over Premier League after the governing commercial deals between clubs and related companies were declared unlawful. pic.twitter.com/ThWGMequZT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 7, 2024
Tetapi kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh tribunal yang mendakwa mereka menolak kebanyakan cabaran yang dibuat oleh Manchester City. Premier League malah mendakwa mereka yang menang kes ke atas City.
Dalam penjelasannya, Premier menegaskan, Tribunal bebas menyatakan bahawa ada 2 tajaan yang meragukan. Pertamanya adalah tajaan stadium oleh Etihad dan satu lagi adalah transaksi melibatkan bank berpangkalan di Abu Dhabi – di mana transaksi ini sudah disekat sehingga kes ini diputuskan.
Premier League pula mendakwa mereka yang menang dalam kes ini. Dan berkata: “Secara signifikan, tribunal mendapati peraturan APT adalah satu keperluan dan dibuat untuk memastikan peraturan Keuntungan Dan Kemampanan (PSR) efektif. Selain itu ianya juga menyokong dan memperkasakan integriti kesukanan dan kemampanan dalam Premier League.
“Tribunal mendapati, sukar untuk memperkasakan peraturan PSR tanpa peraturan APT. Ini termasuk keupayaannya untuk mengesahkan nilai transaksi.
“Bagaimanapun, tribunal mendapati ada beberapa elemen budi bicara dalam peraturan semasa yang tidak menepati piawaian pertandingan dan perundangan awam. Elemen ini boleh diperbetulkan lagi oleh kelab dan liga.
NEW: Premier League on Man City ruling on associated parties transactions:
“Tribunal did .. identify a small number of discrete elements of the Rules which do not..comply with competition & public law requirements.”
Says can be “quickly and effectively be remedied” by PL & clubs pic.twitter.com/0hh1SqQnCp— Rob Harris (@RobHarris) October 7, 2024
“Buat masa ini, Premier League akan terus beroperasi dengan peraturan APT yang sedia ada, dengan mengambil kira hasil daripada penilaian pihak tribunal.