COC Yang Pernah Menawan Dunia

Clash Of Clan adalah sebuah permainan video melalui telefon pintar.

Ianya permainan yang direka dan dikeluar kan oleh Supercell dan boleh dimuat turun secara percuma.

Permainan ini dikeluarkan pada 2 Ogos 2012 untuk pengguna IOS, manakala untuk “Google play for Android” telah dilancarkan pada 7 oktober 2013.

Permainan video ini tular satu ketika dahulu sebelum munculnya permainan seperti Pokemon go, mobile legend, PUBG dan lain-lain permainan video yang hangat di muat turun dan dimainkan pada ketika ini. COC pernah menjadi fenomena luar biasa ketika itu.

Permainan ini direka bertemakan fantasi di mana pemain adalah ketua kepada sebuah perkampungan.

Tugas pemain adalah membina perkampungan menggunakan sumber yang diperoleh dari menyerang perkampungan pemain lain melalui mode peperangan.

Sumber utama di dalam permainan ini adalah “gold, elixir” dan “dark elixir”. Pemain juga boleh menyertai “clan” atau membina “clan” sendiri yang mana setiap “clan” boleh di sertai 50 akaun.

Di dalam “clan” itu mereka boleh berperang bersama di dalam “clan wars”, memberi dan menerima tentera dan boleh bersembang di ruangan “chat”.

Clash Of Clan adalah permainan yang dimain kan secara dalam talian yang mana perlukan internet untuk bermain.

Tentera harus di siap kan sebelom mula menyerang perkampungan lain. Tujuan utama menyerang perkampungan lain adalah untuk mendapatkan sumber dan hasil dari perkampungan yang di serang itu.

Terdapat empat sumber utama di dalam permainan ini. “Gold” dan “elixir” boleh di gunakan untuk membina, membaik pulih kubu serangan yang mempertahankan perkampungan dari serangan pemain lain. ” Elixir” dan “dark elixir” juga digunakan untuk mempersiapkan tentera dan juga di gunakan untuk menaik taraf tentera serta “spells”.

“Gems” pula adalah sumber paling bernilai yang tidak boleh di ambil oleh pihak lawan. Gems di gunakan untuk mempercepat persiapan dan boleh juga digunakan untuk membeli sumber lain dengan lebih cepat.

Setiap serangan akan dinilai dengan 3 tahap. Pertama memecahkan “Town Hall” satu bintang. Memusnahkan 50% perkampungan satu lagi bintang dan bintang ketiga akan si peroleh sekiranya perkampungan yang di serang musnah 100%. Setiap serangan akan di beri masa selama tiga minit.

Begitu lah sedikit sebanyak pengenalan mengenai permainan Clash of clan ini. Permainan ini sudah kurang mendapat sambutan sekarang kerana saingan semakin banyak dan hebat belaka. Hangatnya permainan ini pada ketika itu hingga mendapat liputan media secara meluas.

Ada juga yang hingga bertemu jodoh didalam permainan ini hasil perkenalan di dalam ruangan “clan chat”. Tidak mengira masa kita boleh lihat di mana saja akan ada orang yang bermain pemainan ini jika mempunyai masa.

Namun setelah muncul nya permainan lain yang di tambah baik mengikut peredaran zaman dan kecanggihan telefon pintar, permainan ini sudah mula dilupakan.

Jika dahulu nak mencari perkampungan yang mempunyai banyak hasil amat lah susah kerana tuan nya sentiasa berjaga dan kini sangat mudah untuk mencari perkampungan yang tidak di urus dan boleh mendapatkan banyak hasil jika menyerang perkampungan itu.

Terbaru Supercell telah menambah baik permainan ini dengan melancarkan “Town Hall 13″.

Adakah Supercell berjaya menarik minat pemain untuk kembali aktif bermain? Nampak nya sejak kemunculan ” Town Hall 13″ ini “Facebook Group” COC Malaysia semakin aktif dan ramai antara mereka sudah mula aktif bermain kembali.

Walau tidak seperti dahulu namun mereka tetap meluangkan sedikit masa untuk bermain permainan ini.

Kepada mereka yang dahulu pernah bermain permainan ni boleh lah kiranya jenguk kembali kampung halaman. Kasihankanlah bangla yang menanti anda di perkampungan anda.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai