Coca-cola Keluarkan Botol Edisi Terhad Lightsaber Pertama Di Singapura

Coca-Cola telah membawa peminat Star Wars ke satu tahap lebih tinggi dalam cendera mata serta barangan koleksi kepada para peminantnya.

Ini kerana selepas ini peminat boleh memiliki botol edisi khas yang diinspirasikan daripada Star Wars.

Ini merupakan sebahagian daripada langkah promosi untuk filem trilogy Star Wars: The Rise of Skywalker, yang akan menemui para peminat pada 21 Disember 2019.

Coca-cola mengeluarkan edisi khas tersebut untuk produk Coca Cola tanpa gula.

Botol coca-cola edisi Star Wars ini merupakan yang pertama seumpamanya hadir dengan botol OLED. Teknologi yang digunakan pada Samsung dan iPhone tu.

Cahaya led tersebut akan menyala apabila anda menekan 1 butang pada botol tersebut.

Dan ianya buat julung kalinya akan dikeluarkan di Singapura. Di mana anda akan melihat ilustrasi pedang ikonik dengan cahaya ataupun lightsaber pada botol coca-cola anda.

Namun promosi tersebut hanyalah terhad, dilakukan di beberapa kedai 7-Eleven yang terpilih di Singapura. Pastinya peminat di Malaysia agak kecewa dan berhara akan ada promosi yang serupa di negara kita.

Ye lah selepas meriah nak berebutkan edisi Hello Kitty dari McDonald hari tu kan.

Coca Cola dalam kenyataannya berkata:

“Jangan lepaskan peluang daripada edisi terhad dengan cahaya ini untuk edisi Star Wars: The Rise Of Skywalker Coca-Cola – botol untuk produk tanpa gula.

“Bagi meraikan filem yang akan ditayangkan kami akan memberikan 5 klu untuk 5 lokasi pada setiap hari menerusi Facebook, IG dan laman rasmi kami. Di mana anda boleh mengambil bahagian dalam masa 3 minggu ini dari 6 – 23 Disember.”

Dilaporkan sebanyak 8,000 botol edisi terhad yang hadir dengan 2 pilihan warna iaitu: edisi Kylo Ren – warna merah; edisi Rey – warna biru.

Coca-Cola edisi terhad ini boleh didapati di 45 cawangan kedai serbaneka 7-Eleven yang terpilih di Singapura yang namanya dirahsiakan.

Para peminat Star Wars diminta untuk melakukan pencarian ataupun pemburuan botol tersebut dengan memerhati kuiz.

Pengarah Urusan Cola-cola cawangan Singapura mengesahkan kepada Mashable bahawa para peminat Star Wars tersebut perlu menyelesaikan 5 kuiz berbentuk teka teki waktu setiap hari pukul 10 malam di laman rasmi Coca-cola.

Kepada mereka yang berjaya menyelesaikan cabaran tersebut, mereka akan diberikan pas akses bagi mendapatkan coca-cola edisi terhad itu di kedai kedai yang terpilih.

Pemilik pas tersebut perlu untuk mendapatkan Coca Cola tersebut dalam masa yang terhad ataupun dengan segera naked a 7-Eleven yang terpilih.

Star Wars merupakan antara francais filem paling berpengaruh di dunia. Unit memiliki ramai peminat daripada semua golongan.

Jadi inovasi oleh Coca-Cola dengan Star Wars pada kali ini dilihat satu langkah yang sangat bijak bagi mengukuhkan lagi jenamanya serta memberikan penghargaan kepada peminat fanatik filem itu.

Jadi bertuahlah kepada mereka yang berjaya mendapatkan 1 daripada 8,000 botol edisi terhad ini.

Sumber: Mashable

Baca yang lain