CoD Modern Warfare & Warzone Raih RM8.1 Billion, Ketuai Carta 10 Game Paling Untung Pada 2020

Infinity Ward telah meraih durian runtuh kali ini seperti Call of Duty: Modern Warfare dan Warzone, di mana ianya telah berada dalam senarai permainan video paling tinggi pendapatan untuk tahun 2020.

Menurut laporan SuperData, terdapat 10 permainan paling masyuk pada tahun lalu. Call of Duty: Warzone dan Call of Duty: Modern Warfare diklasifikasikan sebagai satu entiti dan bukannya dua permainan berbeza.

Modern Warfare dan Warzone meraih kutipan sekitar USD1.9 billion (RM7.7 billion )pada tahun 2020 sahaja. Iya! hampir 2 billion USD (RM8.1 billion). Dari segi ranking, ianya bukan satu kejutan melihat dua game tersebut di tangga teratas.

Namun dari segi kutipan ianya angka yang gila. Salah satu daripada sebabnya adalah musim wabak, di mana lockdown di seluruh dunia membuatkan permainan video menjadi salah satu aktiviti pilihan ramai.

Di tangga kedua adalah FIFA 20 dengan kutipan $1.1 billion pendapatan pada tahun lalu. Ternyata promosi luar biasa dengan promosi berterusan membantu mereka dalam meningkatkan hasil jualan.

Di tangga ketiga adalah Grand Theft Auto 5 dengan kutipan sekitar $911 juta sepanjang tahun 2020. GTA memiliki ramai peminat daripada pelbagai lapisan umur.

Di tempat keempat adalah NBA2k1 dengan $889 juta. Sementara satu lagi permainan NBA iaitu NBA 2K20 meraih $771 juta untuk berada di tangga kelima.

Satu lagi francais Call Of Duty iaitu Call of Duty: Black Ops Cold War yang dilancarkan oleh The Activision pada November tahun lalu berada di tangga ketujuh. Satu pencapaian luar biasa untuk game yang hanya sebulan di pasaran. CoD: Black Ops Cold War berjaya meraih $678 juta.

Paling mengejutkan di tangga kelapan adalah permainan Nintendo Switch iaitu Animal Crossing: New Horizons dengan meraih $654 juta.

Di tangga kelapan milik Cyberpunk 2077; kesembilan adalah The Sims 4 ; kesepuluh milik Bethesda’s Doom Eternal.

Tetap laku keras walaupun saiz besar nak mampus

Agak menarik walaupun ramai yang menyatakan mereka terpaksa melupakan Call Of Duty: Modern Warfare, di mana kesemua patchnya bersaiz lebih 200GB, namun ianya tetap laris.

Ramai yang menyatakan game tersebut telah membuatkan kesemua ‘gigabyte’ pada PC ataupun konsol mereka telah ditapau oleh satu game sahaja.

Call of Duty: Warzone Season 5 sebenarnya antara game yang mendapat pujian daripada ramai. Cuma saiznya secara tetap adalah 214,895,564,416 bytes.

Jika dulu kita selalu cakap, game macam Call Of Duty ni berat sebab makan saiz dalam 30GB. Tak terasa masa berlalu pantas di mana saiznya kini adalah 242GB.

Mujur selepas dicompress menjadi 201GB. Itu pun masih besar kan?

Ramai gamers membuat protes kepada pengeluar permainan tersebut dan menyatakan mereka terpaksa melupakan game itu kerana saiznya terlalu besar. Ada yang terpaksa membuang game lain hanya kerana nak mengosongkan ruang storan kepada game ini.

Bagi yang bermain game di konsol, pastinya ianya saiz yang sangat besar, sebab konsol seperti PS4 ada saiz 500GB ataupun 1TB HDD.

Untuk yang menggunakan PC terpaksalah menambah lagi saiz storan PC korang. Semakin ramai yang tertanya, adakah selepas kemaskini akan datang game itu akan menjadi 300GB?

Dan pada tahun lalu, berikut adalah game dengan saiz yang sangat besar selain daripada COD: Modern Warfare 5 ini.

Quantum Break – 178GB
Destiny 2: Shadowkeep – 165GB
Red Dead Redemption 2 – 150GB
Final Fantasy XV – 148GB
Call Of Duty: Black Ops III – 113GB
Gears Of War 4 – 112.3GB
Call Of Duty: Infinite Warfare – 101GB
Middle Earth: Shadow Of War – 95GB
Deus Ex: Mankind Divided – 77GB

Namun ada juga developer yang mulai mendengar rintihan para gamers. Misalnya pemaju permainan Destiny 2 iaitu Bungie telah mengambil langkah drastik untuk mengurangkan saiz permainan mereka.  Itupun saiz dia masih sangat besar.

Jadi korang main permainan yang mana satu?

Sumber: GMS

Baca yang lain