Coentrao Bidas Bekas Pemain Yang Suka Kritik Ronaldo Agar Sedar Diri Tu Tak Power

Fábio Coentrão sudah pun menggantung butnya pada tahun 2021. Sejak itu dia banyak menghabiskan masanya pergi melakukan aktiviti riadah termasuk memancing di Vila do Conde.

Sangat jarang dia bercakap tentang bola sepak. Namun bekas pemain kebangsaan Portugal itu terpanggil dan merasakan dia terpaksa bercakap secara terbuka kali ini untuk mempertahankan rakannya Cristiano Ronaldo.

“Saya baik-baik saja, jauh dari bola sepak. Saya tidak berasa bermotivasi untuk bercakap tetapi saya terpaksa kerana saya tidak suka mendengar apa yang mereka katakan tentang Cristiano.”

“Ada bekas pemain yang sampah [sh*t] pada era mereka bermain, mereka bukan siapa siapa dahulu, dan kini mereka bercakap tentang Cristiano seolah-olah mereka pernah menjadi besar [dalam bola sepak]. Anda tidak perlu bercakap seperti itu”, kata Coentrao kepada portal ‘Relevo’.

Bekas pemain sayap itu merupakan rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid dan dalam Pasukan Kebangsaan Portugal telah memberitahu bahawa dia malu mendengar beberapa orang tertentu mengkritik Ronaldo.

“Seseorang yang menghabiskan kerjaya dengan melakukan apa yang saya fikir adalah sangat jelek. Walaupun dia tidak beraksi pada tahapnya, ia adalah sesuatu yang sangat jelek.”

“Orang ramai mula bercakap tentang dia, bahawa pergaulan dia dengan rakan sepasukannya tidak baik [selepas wawancara dengan Piers Morgan] dan perkara itu disalahtafsirkan.”

“Ia sesuatu yang mengerikan, saya tahu Ronaldo jenis macamana. Saya telah bersamanya selama bertahun-tahun dan dia tidak perlu memberitahu saya bagaimana keadaannya. Saya tahu,” tegas bekas pemain bola sepak yang sudah berusia 34 tahun itu.

Coentrao menambah: “Adalah mustahil untuk orang seperti Cristiano tidak serasi dengan Bruno [Fernandes] atau dengan mana-mana rakan sepasukannya kerana dia adalah seorang yang hebat.”

Cooentrao kemudian menyatakan keyakinannya bahawa Ronaldo akan terus menyerlah di Qatar dalam misi memburu Piala Dunia.

“Terdapat ramai pemain yang bercakap buruk mengenainya dan mereka tidak pernah sampai ke tahap tapak kasutnya sekalipun. Pada Piala Dunia ini dia akan menutup mulut ramai orang. Dia memiliki banyak perkara untuk dia berikan kepada pasukan, saya tahu apa yang dia mampu lakukan.”

Bercakap tentang sumbangan Ronaldo di Real Madrid. Coentrao berkata: “Ronaldo telah melakukan banyak perkara yang bagus dalam hidupnya. Gol, assist. Apa yang Cristiano Ronaldo telah buat di Real Madrid, saya tak rasa Benzema akan mampu mencapainya. Dia menjaringkan lebih banyak gol daripada perlawanan yang dia mainkan. Dia gila.”

 

Baca yang lain