Cole Palmer Akui Tak Pernah Berhasrat Meninggalkan Manchester City Sebelum Ini

Cole Palmer mendedahkan dia sebenarnnya tidak pernah berhasrat meninggalkan Manchester City. Lebih lebih lagi dia membesar di bandar Manchester sendiri.

Namun pemain itu akui terasa hati dengan Manchester City yang tidak memberikannya lebih peluang untuk beraksi.

Bercakap kepada Amazon Prime Video, penyerang Chelsea  itu berkata: “Saya sudah bertekad sekian lama bahawa saya tak akan ke mana mana. Saya tidak pernah keluar daripada bandar Manchester.

“Saya benar benar tidak mahu pergi. Namun kamu sedikit terasa hati di Manchester City; ‘Kenapa saya tidak dapat peluang bermain?’

“Sebab kamu sentiasa tahu bahawa bila masa kamu sudah sedia untuk beraksi.”

Pep Guardiola sendiri mengakui bahawa keputusan Cole Palmer adalah atas kehendak pemain itu sendiri yang kecewa tidak mendapat lebih banyak minit permainan.

Cole Palmer menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £43 juta pada jendela perpindahan lalu selepas menjaringkan gol dalam Piala Super Eropah dan Perisai Komuniti.

Dia antara bakat muda yang dianggap luar biasa dalam bola sepak Inggeris. Namun peminat tidak gembira apabila Man City menjualnya ke Chelsea. Pep Guardiola menjadi mangsa fitnah kononnya dia tidak mahu pemain itu kekal.

Guardiola mendedahkan sebaliknya. Pemain itu sendiri datang kepadanya dan berkata dia tak mahu kekal di Chelsea dan mahu berpindah. Guardiola menyuruhnya bersabar kerana Riyad Mahrez sudah berpindah ke Arab Saudi dan pemain itu memiliki peluang untuk mendapatkan minit permainan serta bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Guardiola berusaha memujuk pemain itu kekal, namun Cole Palmer berkeras memberitahu pengurus Man City itu bahawa dia masih berhasrat untuk meninggalkan City dan bermain secara tetap di Chelsea.

Guardiola berkata: “Cole tiba di sini dan menerima beberapa proses pembangunan dan kemudian selepas satu atau dua tahun berkata ‘Tidak, saya tidak mahu bermain di sini, saya tidak akan bermain di sini.’ Tetapi saya berkata ‘Riyad [Mahrez] akan pergi , kamu akan mendapat peluang di sini’.”

“Dan dia berkata ‘Tidak, saya tidak akan bermain di sini, saya mahu pergi,’ jadi saya berkata ‘OK, pergilah,'” jelas Guardiola. “Dia mendapat apa yang dia mahu. Ia bagus untuknya. Dia adalah pemain muda, bakat besar jika tidak dia tidak akan berada di sini. Dia seorang budak yang baik dan bermain dengan sangat baik.”

Guardiola juga ditanya sama ada dia pernah menghalang pemain daripada menyertai pasukan seteru mereka, Guardiola berkata: “Tidak pernah. Saya memberikan pendapat saya kepada kelab dan mereka memutuskan sama ada perpindahan itu sesuai dengan kedua-dua belah pihak dan pemain. ”

“Kenapa? Saya fikir itu bermakna anda adalah kelab kecil. Kelab besar, mereka tidak lebih peduli [soal orang lain], mereka membuat keputusan untuk manfaat ketiga-tiga pihak; pemain dan kedua-dua kelab, dan kadangkala ejen.”

“Jadi sebenarnya ia tidak menjadi masalah. Mereka mahu pergi ke Chelsea atau United atau Liverpool, apa pun, apa masalahnya? Mereka gembira berada di sana, kelab gembira dengan perpindahan itu. Kelab lain gembira dengan jumlah wang yang mereka belanjakan, tidak mengapa.”