Cole Palmer Dedahkan Kata Kata Peransang Pochettino Yang Membantu Mereka Menang

Cole Palmer telah mendedahkan bagaimana Mauricio Pochettino memainkan peranan penting dalam memastikan mereka mencetak satu lagi gol pada masa kecederaan.

Ketika mereka sudah merasa lega dapat mengikat Manchester United 3-3 pada minit ke-100 permainan, masa kecederaan.

Pochettino terus meminta pemainnya mencari satu lagi gol dan kekal fokus. Kerana masih ada 2 minit lagi sekurang kurangnya untuk mereka mencetak satu lagi gol.

Dan ketika itu pemain pemain Chelsea meneruskan lagi usaha mereka yang sudah dibina sejak ketinggalan 2-3 di tangan United dalam aksi tersebut.

Akhirnya, usaha mereka berhasil apabila Cole Palmer mencetak hatrik beberapa minit kemudian dengan gol ketiga pada minit ke-101, kira kira hanya seminit selepas gol ktiga mereka.

Cole Palmer berkata:  “Ketika kami mencetak gol ketiga, Pochettino berkata: ‘Gais masih ada dua minit lagi, ayuh!!’.

“Dia sentiasa cuba memacu kami untuk terus melangkah, dan kami melakukannya dan syukur kami berjaya menjaringkan gol.”

Chelsea berjaya menempatkan diri mereka dalam 10 teratas dalam carta EPL. Sementara United mempersia siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pasukan di tangga kelima.

Kerana tangga kelima berpeluang untuk layak ke UCL musim hadapan menerusi format kelayakan yang baharu. Man United selepas ini akan melayan kunjungan Liverpool di Old Trafford pada Ahad.

Ini adalah kali kedua berturut turut Man United terlepas 3 mata pada masa kecederaan. Sebelum ini mereka diikat Brentford ketika sedang mendahului pada masa kecederaan.

Sementara untuk Chelsea, ianya musim yang agak sukar untuk mereka. Namun tidak secara individu untuk Cole Palmer yang dianggap sebagai pembelian terbaik kelab itu.

Cole Palmer merupakan pemain muda yang ditandatangani dari Man City, kini menjadi mesin gol di Stamford Bridge. Dianggap sebagai prospek masa depan kelab.

Dia meninggalkan City sebelum ini kerana mahu mencari minit permainan. Guardiola sendiri mengakui dia tidak boleh memberikan jaminan minit permainan kepada Palmer dan terpaksa melepaskan pemain itu atas kehendaknya.

Palmer juga menempatkan diri dalam skuad kebangsaan. Buat masa ini segalanya berjalan dengan lancar untuk pemain itu.

Baca yang lain