Cole Palmer akui gembira berjaya mencetak hatrik ke atas Manchester United yang merupakan kelab disokongnya sejak kecil lagi.
Cole Palmer meneruskan prestasi cemerlangnya sejak menyertai Chelsea. Dan terbaru dia mencetak hatrik, dua daripada gol itu pada masa kecederaan yang berjaya mengikat United dan kemudian menewaskan United dalam jarak 1 minit di antaranya.
Cole Palmer memulakan malam hatriknya dengan gol penalti pada separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas gol awal Connor Gallagher.
Namun United membalas 3 gol menerusi 2 gol oleh Alejandro Garnacho dan 1 gol menerusi kapitan Bruno Fernandes.
Cole Palmer terlalu hebat untuk dikekang dan membantu pasukannya menang 4-3 dengan 2 gol di masa kecederaan.
Satu fakta yang menarik, Cole Palmer merupakan peminat tegar Manchester United ketika kecil. Dia juga merupakan pemain yang dibangunkan di akademi Man City dan membuat debut senior bersama kelab musuh sebandar Man United itu.
Musim ini dia menyertai Chelsea kerana kelab The Blues menjanjikannya minit permainan yang lebih banyak berbanding Man City. Kini pemain muda itu menjadi pemain penting City dan merupakan pelaksana penalti utama dalam skuad The Blues.
Stamford Bridge, you've just witnessed an all-time #PL classic. 🙌#CFC | #CheMun pic.twitter.com/Txrw0SVSAs
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 4, 2024
Bercakap kepada wartawan tentang hatrik sulungnya di peringkat senior, Cole Palmer berkata: “Kami mendahului dengan kedudukan 2-0. Dan kemudian kami membuat kesilapan bangang.
“Namun lapan minit masa tambahan memberikan kami semangat dan kemudian…. ianya gila sekali. Saya benar benar gembira meraih hatrik pertama saya di peringkat senior.
“Saya adalah penyokong Manchester United ketika saya membesar.”
🗣️ Cole Palmer on Chelsea's 4-3 win over #MUFC. "We were 2-0 up and then made silly mistakes. But the eight minutes of added time gave us a lift and then… madness. I am buzzing to get my first senior hat-trick, and I was a United fan growing up." pic.twitter.com/MA6odPOzyF
— Ben Jacobs (@JacobsBen) April 4, 2024