Joselu masuk sebagai pemain gantian dan merobek hati peminat Bayern dengan dua gol yang menyaksikan Real Madrid ke final setelah mereka ketinggalan secara agregat.

Harry Kane kini rasminya melanjutkan musim badi tanpa trofi beliau kepada setahun lagi.

Kane memiliki harapan terakhir untuk menjulang UCL musim ini. Namun Real Madrid terus membuktikan bahawa UCL memang kejohanan yang sangat sinonim dengan mereka.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti ketinggalan pada minit ke-68 selepas jaringan oleh Alphonso Davies.

Ketika Bayern berkira kira untuk ke final, Carlo Ancelotti memasukkan supersub beliau.

Tuchel pula mengeluarkan Harry Kane kerana memerlukan Choupo Moting untuk membantu bertahan dengan fizikalnya.

Percaturan Tuchel benar benar memakan diri. Kerana selepas itu Joselu mencetak 2 gol.

Gol pertama minit ke-88. Di mana dia mengambil kesempatan di atas kesilapan Manuel Neuer yang termuntah bola daripada dakapannya ketika cuba menyelamatkan percubaan Vini Jr.

Neuer cemerlang sepanjang malam, namun kesilapan berprofil tinggi itu benar benar membuatkan Bayern tergamam.

Kira kira 3 minit selepas itu, Real Madrid yang menguasai perlawanan dalam tempoh tersebut telah menambah 1 lagi gol menerusi pemain yang sama iaitu Joselu.

Bagaimanapun Santiago Bernabeu perlu menunggu beberapa minit kerana VAR membuat semakan.

VAR mengesahkan gol itu sah dan Bayern dalam masalah. Kerana mereka sudah mengeluarkan penggempur utama mereka Harry Kane.

Bayern jelas tiada kemampuan untuk bermain lebih baik di serangan.

Bayern bagaimanapun mencetak 1 gol yang dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid. Pemain pemain Bayern membantahnya kerana mendakwa gol itu adalah sah.

Tamat perlawanan Real Madrid 2 Bayer 1. Real Madrid mara secara agregat 4-3.

Ianya musim pertama yang tanpa trofi untuk Kane di Bayern. Dia sebelum ini menyertai Bayern untuk memenangi trofi. Kelab yang dianggap sudah ada jaminan mendapat trofi setiap musim sekurang kurangnya piala domestik.

Malang sekali Kane terlepas kesemua 4 trofi musim ini. Bermula daripada Piala Super Jerman. Kemudian Piala DFB, diikuti Bundesliga yang dimenangi Bayer Leverkusen. Dan hari ini terlepas pula UCL.

Dan ini adalah musim pertama Bayern Munich gagal memenangi trofi sejak 2012.

Lebih ironi, Real Madrid musim ini mendapatkan Joselu setelah kelab memutuskan untuk tidak membida Harry Kane yang terlalu mahal – walaupun Carlo Ancelotti mahukan Kane.

Florentino Perez kemudian memutuskan untuk menunggu sahaja Mbappe dan mendapatkan Joselu sebagai pelan sementara.

Real Madrid akan menentang Borussia Dortmund pada aksi final yang akan berlangsung di Wembley.