Como mempertahankan tindakan pemain pertahanan mereka yang dituduh berkelakuan rasis ke atas Hwang Hee Chan.
Sebelum ini berlaku ketegangan pada aksi pra musim antara Como dan Wolves. Di mana Hwang Hee Chan marah selepas ada pemain Como yang memainkan ejekan rasis ke atasnya.
Rakan sepasukan Hwang Hee Chan, Daniel Podence dilaporkan bertindak menumbuk pertahanan tersebut yang membuatkan dia menerima kad merah.
Pengurus Wolves, Gary O’Neil selepas perlawanan mengesahkan bahawa Hwang Hee Chan diejek secara perkauman.
“Ada ejekan rasksi ke atas Channy [Hwang Hee Chan], saya terus pergi kepadanya bertanya sama ada dia mahu saya mengeluarkan semua pemain dari padang? Channy memberitahu saya dia mahu kami meneruskan sahaja perlawanan.
“Dia seorang yang sangat mengutamakan pasukan walaupun dalam keadaan yang sangat sulit pada masa itu,” kata O’Neil.
Como kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa pemain mereka tidak berniat mengejek Hwang Hee Chan secara rasis. Sebaliknya memanggil pemain Korea Selatan itu dengan gelaran Jackie Chan.
Jurucakap kelab Mirwan Suwarso menyatakan bahawa Jackie Chan adalah legenda dalam dunia lagak ngeri di filem, jadi Hwang Hee Chan harus menerimanya sebagai satu pujian.
“Kelab kami tidak akan bertolak ansur sama sekali ke atas sebarang bentuk rasisme dan kami mengutuk sekerasnya sebarang bentuk rasisme dengan sekuat kuatnya.
“Kami sudah bercakap dengan pemain pertahanan dan menyoal dia untuk memahami apa sebenarnya ayat yang dia telah keluarkan. Dia memberitahu kami, dia memberitahu rakan sepasukannya: ‘Abaikanlah dia, dia ingat dia Jackie Chan ke?'”
Como kemudian menjelaskan bahawa pemain pertahanan mereka berkata begitu kerana mereka mendengar rakan rakan sepasukan Wolves Hwang Hee Chan memanggil dia Channy. Jadi pemain itu pun membandingkan nama Channy dengan Jackie Chan.
Suwaarso menambah: “Kami sudah bercakap dengan pemain kami dalam sesi yang agak panjang dan kami yakin bahawa dia cuma merujuk kepada nama dia, memandangkan rakan rakan sepasukan dia pun panggil dia Channy.
“Setakat ini, kelab kami mendapati pemain pertahanan kami langsung tidak menyebut nama Jackie Chan dengan niat menghina. Kami sangat kecewa dengan reaksi daripada beberapa orang pemain Wolves yang membuatkan insiden itu meletus,” kata Suwarso merujuk kepada tindakan Podence.
Como stink to high heaven. How does one go from “Channy” and “Hwang Chee Chan” to Jackie Chan without it being racist?
Racism against Asians is treated so flippantly and half heartedly. Disgusting club pic.twitter.com/29jQubIstA
— Flappyhandski (@Faaabianskiii) July 16, 2024
Como merupakan kelab yang baru naik ke Serie A. Kelab tersebut milik konsortium dari Indonesia yang berkongsi pemilikan dengan Cesc Fabregas dan Thierry Henry.