Comsa Sorin Dinobat Juara Pertandingan Berbalas Lempangan Dengan Mukanya Bengkak Teruk

Muka seorang lelaki dipukul, berdarah dan kelihatan cacat selepas pertandingan melempang pipi yang kejam.

Dai dia masih mampu bergelar juara walaupun mengalami kesakitan yang amat teruk.

RXF Slap Fighting Championship adalah pertandingan yang baru ditubuhkan dan ia adalah seperti yang korang dapat bayangkan. Sangat ganas namun penuh semangat kesukanan.

Peraturannya mudah: dua peserta bergilir-gilir menampar dengan sekuat hati. Dan pada akhir peraduan lempang melempang itu, seorang pemenang dinobatkan.

Ia adalah keseluruhan kejohanan yang diletakkan di dalam sangkar, dengan pesaing boleh meletakkan kapur di tangan mereka dan menyerang individu yang berdiri bertentangan dengan mereka.

Malah terdapat tali pinggang atau begkung kejuaraan, bukan bengkung Sajat ye…

Tetapi bengkung yang berkilat emas untuk dimenangi untuk pemenang, serta hadiah wang sebanyak €5,000, yang bersamaan dengan sekitar RM23,413.50. Ianya cukup lumayan.

Comsa Sorin berjaya sampai ke final dan pergi dengan sepenuh semangat untuk menuntut tali pinggang kejuaraan dan jumlah wang yang besar itu.

Tetapi ia agak mahal untuknya kerana mukanya membengkak dengan keadaan tidak masuk akal selepas beberapa siri tamparan yang menyakitkan.

Rosak dan berlumuran darah, Sorin dan lawannya bertukar pukulan selama 30 minit dalam pertempuran sengit.

Bahagian kiri mukanya benar-benar bengkak dan kelihatan seperti memerlukan banyak perhatian perubatan, tetapi Sorin menolak untuk menarik diri dan bertahan selama 10 pusingan.

Dia kemudian menghasilkan tamparan raksasa mutlak yang menyebabkan lawannya berhenti dan terus menandakan kemenangannya.

Sorin meraikannya dengan meriah dan bengkung kejuaraannya diletakkan di pinggangnya.

Bekas Juara UFC dalam dua kategori berat Conor McGregor melihat keganasan pertandingan itu, dan menulis di Twitter: “Teknik yang sangat cantik, dan saya mengucapkan tahniah kepada juara heavy weight yang baharu.”

Ramai juga meminta Dana White untuk menyertai pertandingan ini kerana dia baru baru ini gagah melempang isterinya.

Baca yang lain