Contagion, Antara 5 Filem Pandemik Yang Korang Boleh Tengok Ketika PKP

Ketika dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), salah satu aktiviti paling popular pastinya menonton televisyen.

Jadi, berikut adalah filem yang korang bolah ushar ketika work from home. Tapi pastikan kerja korang siap la dulu kan.

1. Contagion (2011)

Filem ini dikeluarkan pada 2011. Dan ianya kini menjadi buruan penggemar teori konspirasi, kerana jalan ceritanya sangat dekat dengan wabak koronavirus pada hari ini.

Tak hairanlah jika di wall FB korang poster filem ini banyak lalu. Kerana jalan ceritanya sangat dekat dengan apa yang melanda kita hari ini.

Filem arahan Steven Soderbergh ini penuh dengan gambaran ketakutan dan kerisauan ke atas satu wabak baharu yang ganas.

Para ilmuwan berusaha untuk mencari vaksin bagi melawan wabak virus tersebut.

Bagaimana satu wabak memberikan impak kepada dunia dari segi banyak aspek termasuk sosiologi. Saksikan!

2. Outbreak (1995)

Filem ini adalah berkaitan dengan California yang terpaksa dikuarantin kerana serangan wabak seperti ebola.

Filem arahah Wolfgang Petersen adalah diambil daripada buku karya Richard Preston The Hot Zone.

Ia dibintangi oleh Dustin Hoffman, Rene Russo, Morgan Freeman dan Donald Sutherland. Turut dibintangi Cuba Gooding Jr., Kevin Spacey dan Patrick Dempsey.

Filem ini bermula dengan cerita wabak yang mirip dengan ebola yang menyerang Motaba, Zaire. Dan kemudiannya merebak di sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat.

Filem ini memaparkan cabaran pihak ketenteraan dan juga pihak berkuasa berhadapan dengan virus membunuh.

3. REC (2007) / Quarantine (2008)

Jika korang pernah tengok filem Quarantine pada 2008, itu adalah remake kepada filem REC.

Ianya mengisahkan seorang wartawan yang membuat satu dokumentari dengan pasukan bomba dan penyelamat.

Pada suatu malam mereka diarahkan untuk menyelamatkan warga di sebuah apartmen. Wartawan tersebut menyertai bomba dan mengingatkan ia satu cabaran yang biasa.

Mereka silap, mereka berhadapan dengan satu serangan wabak yang pelik dan membuatkan penduduk di situ terpaksa dikuarantin/sealed oleh kerajaan. Tiada siapa dibenarkan keluar daripada bangunan itu, ataupun ditembak terus.

Namun wartawan tersebut terus merakam aksi dan mahu mendedahkan betapa seksanya mereka dikuarantin di dalam bangunan itu – jika dia dapat keluar. Dia merasakan kerajaan sangat kejam.

Penceritaan filem ini berdasarkan gaya found-footage. Jadi korang akan lebih seram sejuk.

Korang pilihlah mana satu nak tengok, REC ataupun Quarantine.

4. The Flu (2013)

Filem dari Korea Selatan ini berkisah mengenai sebuah virus H5N1. Satu virus yang sangat memudaratkan dan membunuh.

Ianya menyerang sebuah bandar bernama Bundang. Mereka yang terkena virus ini akan mati dalam masa 36 jam. Di mana kadar ia berjangkit sangat tinggi.

Filem ini sangat tegang dan korang, di mana korang melihat bagaimana satu wabak mengancam kira-kira sejuta penduduk dengan kejamnya.

5. Train to Busan (2016)

Tak sah rasanya kalau tak senaraikan filem ni. Ianya naskah dari Korea Selatan arahan Yeon Sang-Ho. Filem ini berkaitan dengan zombie dan menjadi satu wabak yang boleh merebak.

Filem ini berpaksikan pada jalan cerita seorang lelaki dan anak perempuannya menaikan sebuah keretapi yang diserang wabak pandemik.

Mereka harus mencari jalan untuk terus hidup dan mengelak daripada dijangkiti. Ramai ragam manusia di dalamnya. Survival akan membuatkan manusia sanggup menjadi apa sahaja.