Pengurus Tottenham, Antonio Conte disahkan perlu berehat selepas menjalani pembedahan membuang pundi hempedunya.
Spurs memberitahu bahawa pembedahan itu “berjalan dengan lancar” dan ketika ini pengurus itu akan memulakan fasa pemulihan.
Spurs mengumumkan pada pagi Rabu, pengurus asal Itali berusia 53 tahun itu baru-baru ini telah mengalami ‘sakit perut yang teruk’, yang didiagnosis sebagai kolesistitis dan memerlukan pembedahan.
Prosedur itu kini sudah lepas, dan Conte dalam tempoh berehat dari kerja untuk pulih.
An update from Antonio after his surgery today 💙 pic.twitter.com/xBkkIvdyue
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 1, 2023
“Terima kasih atas mesej indah anda, pembedahan saya berjalan lancar dan saya sudah berasa lebih baik,” tulis satu catatan di suapan cerita Instagram Conte.
“Sekarang masa untuk pulih, saya tidak sabar untuk kembali ke padang bersama pasukan.”
Penolong Conte, Cristian Stellini dijangka mengambil bahagian apabila Spurs menerima kunjungan Manchester City pada hari Ahad.
Tottenham juga akan menghadapi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester, West Ham dan Chelsea bulan ini, serta lawatan ke San Siro untuk aksi 16 akhir pertama mereka.