Conte Bunuh Dominasi Inter Ketika Bersama Juventus, Kini Sedang Cuba Menamatkan Penguasaan Juventus Bersama Inter

Selepas Marcelo Lippi membawa Juventus meraih Scudetto pada musim 2002/2003, Juventus selepas itu gagal memenanginya lagi. Secara teknikal Juventus menang 2 kejuaraan Seria A pada musim 2004/05 dan 2005/06 dibawah Fabio Capello tetapi ditarik kerana skandal mengatur perlawanan.

6 musim selepas itu Inter Milan menguasai liga, Antonio Conte menamatkan penguasaan itu apabila beliau tiba di Juventus dari Siena.

Conte menang 3 kali berturut-turut bersama Juventus dari musim 2011/12 hingga 2013/14 sebelum menjadi pengurus skuad kebangsaan Itali.

Antonio Conte menjuara Seria A pada musim pertamanya di Juventus

Kini Conte kembali lagi, dengan situasi sama, Juventus sedang mendominasi Seria A dalam tempoh yang panjang, bersama Inter yang sedang mendahului carta liga.

Adakah Conte akan menamatkan dominasi Juventus yang dirintisnya ketika menamatkan dominasi Inter dahulu.

6 dari 8 musim, juara Krismas adalah juara Seria A

Semestinya Juventus juara krismas tersebut kerana sejak 8 musim lepas menyaksikan pasukan ini sahaja yang menjuarai Seria A, tetapi pada musim 2016/17 menyaksikan Inter Milan berjaya menjuarai liga pada Krismas.

Pasukan ini tergelincir pada pusingan ke-2 dan hanya menamatkan kedudukan di tempat ke-4. Pada musim 2018/19 Napoli berjaya menjadi juara Krismas tetapi Juvrntus kekal kuat dan memenanginya.

Ini kali ke-3 dalam tempoh 9 musim juara Krismas bukan pasukan Juventus, adakah kali ini Juventus mampu kekal menjadi juara musim?

Masalah terbesar Juventus adalah pengurus Inter adalah Conte, pengurus yang membantu kelab ini membunuh penguasaan kelab yang dipimpin olehnya sekarang.

  • 2019/20: Inter Milan (?)
  • 2018/19: Napoli (Juventus)
  • 2017/18: Juventus (Juventus)
  • 2016/17: Inter Milan (Juventus)
  • 2015/16: Juventus (Juventus)
  • 2014/15: Juventus (Juventus)
  • 2013/14: Juventus (Juventus)
  • 2012/13: Juventus (Juventus)
  • 2011/12: Juventus (Juventus)

Conte sudah pasti akan menjadi pengurus terbaik Inter sejak 2011, cuma tinggal juara atau tidak

Selepas 9 musim Inter Milan tanpa Scudetto, kali terakhir diraih pada 2009/10 oleh Jose Mourinho, 12 pengurus selepas itu gagal mengulanginya.

Rafa Benitez, Leornardo, Claudio Ranieri, Walter Mazzari, Roberto Mancini dan Luciano Spalletti antara nama besar yang berada dalam tempoh kemarau panjang itu.

Roberto Mancini antara pengurus yang gagal memberi kedudukan terbaik Inter di Seria A, hanya di tempat ke-4

Inter hanya mencatat kedudukan terbaik di tangga ke-4 sejak 8 musim lepas.

  • 2019/20: Pertama (17 perlawanan)
  • 2018/19: ke-4 (Luciano Spalletti)
  • 2017/18: ke-4 (Luciano Spaletti)
  • 2016/17: ke-7
  • 2015/16: ke-4 (Roberto Mancini)
  • 2014/15: ke-8
  • 2013/14: ke-5
  • 2012/13: ke-9
  • 2011/12: ke-6

Apa yang dilakukan Conte sehingga mampu mencabar Juventus

Sama seperti yang dilakukannya ketika beliau di Juventus. Membina sistem back 3, dengan 2 penyerang.

Perkara pertama yang diinginkannya sebelum diumum secara rasmi menjadi pengurus Inter adalah, beliau mahukan 2 penyerang baharu iaitu Edin Dzeko dan Romelu Lukaku.

Conte berjaya mendapatkan Lukaku tetapi gagal membawa masuk Dzeko. Secara peribadi, beliau tiada masalah dengan Mauro Icardi tetapi kelab memberi syarat untuk mendapatkan Lukaku, kelab perlu menjual pemain.

Penyokong Inter di San Siro sedang melihat kombinasi baru power yang dibina Conte

Conte mungkin tiada masalah dengan pinjaman keluar Icardi ke Paris Saint Germain. Beliau masih mempunyai pemain muda dari Argentina iaitu Lauzaro Martinez, dan pemain ini kini sedang menunjukkan potensinya.

Rajda Nainggolan antara pemain penting pada musim sebelumnya yang terpaksa keluar dari kelab.

Turin wall dan laser pass sedang diadaptasi di San Siro

Ketika Conte di Juventus 2 frasa ini agak terkenal diperkatakan. Turin wall dengan dibarisi 3 pertahanan tengah dan laser pass dari posisi ini terus kepada penyerang.

Kini Conte sedang membina pertahanan bertiga menggunakan Milan Skriniar, Stefan De Vrij dan Diogo Godin. Godin digilirkan dengan pertahanan muda berusia 20 tahun, Andrea Bastoni.

Sehingga kini 5 bantuan gol terhasil dari 3 pertahanan tengah, 3 darinya melalui De Vrij.

Adakah itu laser pass yang terus kepada Lukaku dan Martinez? Sedikit kajian video perlu dilakukan.

De Vrij dan Skriniar merupakan 2 pertahanan yang sangat kuat dalam pertarungan bola di udara. Ia telah dibuktikan ketika era Spalletti, jika Conte berjaya mencari 1 lagi pemain yang setaraf dengan 2 pertahanan itu tidak mustahil Turin Wall boleh terhasil di San Siro.

Sistem Conte

3-5-2.

Seorang Dynamic Defensive Midfielder (Marcelo Brozovic) dan 2 midfield di atasnya (antara Stefano Sensi, Nicolo Barella, Matias Vecino dan Roberto Gagliardini).

Kekuatan sistem ini sangat bergantung kepada 3 midfielder di tengah ini. Lebih menarik, 3 nama pemain di atas Brozovic adalah kumpulan pemain muda. Juventus mungkin mempunyai nama lebih besar tetapi Conte berjaya membina kumpulan pemain ini menjadi lebih baik.

Ketika ini Sensi sedang berada dalam senarai pemain yang paling mendapat perhatian, walaupun terlepas 9 perlawanan kerana kecederaan, beliau masih mampu menjadi pemain tengah yang paling efektif membantu Lukaku dan Martinez.

  • Matias Vecino, 28 (1 gol, 2 bantuan)
  • Roberto Gagliardini, 25 (2 gol, 2 bantuan)
  • Stefano Sensi, 24 (3 gol, 4 bantuan)
  • Nicolo Borella, 22 (1 gol, 3 bantuan)

3-5-2 Conte akan menyerang melalui sisi kiri (Candreva dan Asamoah), Sensi atau Barella akan membentuk triangle bersama salah seorang dari Lukaku dan Martinez di sisi, salah seorang dari penyerang tersebut akan mencari space di area kotak penalti.

Salah satu lagi corak serangannya adalah hantaran jauh dari back 3.

Pertahanan Conte agak berkesan apabila menentang pasukan berasaskan 4-3-3. 3 pertahanan akan marking kesemua 3 penyerang lawan. 3 pemain tengah akan merantai kesemua 3 pemain tengah dan 2 penyerang akan melakukan tekanan kepada 2 pertahanan tengah lawan.

3-5-2 menjadi 5-3-2, Man to Man Marking apabila tanpa bola. Terutamanya ketika bertemu pasukan berasaskan 4-3-3

Candreva dan Asamoah bertindak menjaga space di sisi dari 2 pertahanan sisi lawan. 11 vs 11 man marking.

Adakah Lukaku lebih baik berbanding Icardi

Icardi merupakan seorang penyerang yang efektif. Lukaku mempunyai bebanan besar mengantikannya penyerang seperti Icardi.

Pada musim lepas Icardi mencatat 11 jaringan dan 4 bantuan gol di Seria A. Icardi juga mempunyai rekod cemerlang pada musim sebelumnya dengan mencatat 29 gol.

Sebelum liga disambung pada 6 Januari, Lukaku sudah mencetak 8 jaringan dan 1 bantuan di Seria A. Cukup untuk katakan bagus. Kombinasinya bersama Martinez telah menghasilkan 13 jaringan dan 8 bantuan.

Dalam semua pertandingan Lukaku(17 penampilan)-Martinez(16) mencatat 20 jaringan dan 2 bantuan.

Conte sebenarnya sudah menyesuaikan kombinasi penyerang baharunya yang mana Martinez pada musim sebelumnya hanyalah penyerang simpanan.

Apa yang boleh diperkatakan tentang Conte dan Inter sekarang

Menyerang secara dinamik, bukan lagi sabar membina serangan dengan melibatkan pivot.

Lukaku dan Martinez sangat cemerlang dengan direct ball atau serangan secara langsung.

Inter atau Juventus juara musim 2019/20?

 

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.