Antonio Conte sebelum ini memiliki reputasi kerap ‘bergaduh’ dengan pemilik kelab dan mengkritik mereka secara terbuka.
Itulah sebabnya kenapa sebelum ini Conte dikatakan tidak mendapat jawatan di Old Trafford. Kerana CEO Manchester United ketika itu, Ed Woodward tidak begitu gemar dengan pengurus yang suka mengkritik kelab.
Sebelum ini dia pernah bertelagah dengan pengurusan tertinggi Chelsea yang menurutnya membeli dan menjual pemain sesuka hati mereka tanpa dia memiliki kuasa akhir dalam perkara itu.
Seterusnya di Inter Milan, Conte meminta penamatan kontrak atas persetujuan bersama selepas dia tidak mendapat dana perpindahan yang dia mahukan untuk memperkuatkan Inter Milan selepas membantu kelab itu menjuarai Serie A.
Ketika itu Conte mendedahkan dia tidak sanggup untuk menggalas cabaran dengan KPI yang ditetapkan kelab adalah untuk mempertahankan Serie A dan menjuarai Liga Juara Juara Eropah.
Conte yang ketika itu kehilangan beberapa pemain kerana Inter perlu menjual pemain bagi mengurangkan beban kewangan kelab.
Terbaru, di Spurs dia sekali lagi mengecam pemilik kelab dan pengurusan tertinggi.
Dia mencabar agar ada mana mana mereka daripada pengurusan tertinggi tampil menjelaskan kepada media tentang krisis prestasi yang dihadapi kelab bukannya selalu berselindung di belakang pengurus semata mata.
Sebelum turun menentang Manchester City, Conte meminta pemilik kelab, pegawai pengurusan tertinggi ataupun pengerusi kelab, Daniel Levy, bercakap lebih terbuka dalam isu berkaitan dengan hala tuju kelab.
“Di England ada satu tabiat buruk di sini, hanya jurulatih yang bercakap dan menjelaskan kepada media,” kata Conte.
Tottenham boss Antonio Conte throws club owners Daniel Levy and board of directors under the bus demanding they face the press and explain vision of the club pic.twitter.com/o9brsordO6
— SNOW TV® 📡🎥📺 RC 3662284 (@OfficialSnowtv) January 18, 2023
“Saya tak pernah lagi melihat bahagian perubatan datang di sini menjelaskan tentang masalah dihadapi pemain dalam pemulihan mereka. Saya tak pernah lihat lagi Pengarah Sukan memberitahu sendiri media tentang strategi dan visi kelab.”
“Di Itali, sebelum perlawanan, pasti akan ada pegawai tertentu yang memberikan kenyataan media serta menjawab setiap soalan. Bagi kami, ianya akan menjadi lebih baik.”
“Kerana akhirnya, akan ada muka yang sama sahaja yang datang menjelaskan siutuasi.”
“Kadangkalah pengurus akan tersilap fakta mereka, jadi adalah lebih baik ada orang yang tertentu menjadi wakil kelab di sidang media dan bercakap.”
“Saya tak minta setiap minggu, sekurang kurangnya, 15 hari sekali atau sebulan sekali pun dah ok dah.”
“Dengan ini, ianya akan memudahkan lagi media memahami situasi di kelab ini.”
“Bukanlah mengadap muka yang sama saja, percaya pada saya, ianya sukar kerana apa yang kami jelaskan kemungkinan mengundang kritikan atau respon negatif.”
Antonio Conte has opened up on the frustration he feels at being the public face of Tottenham, the only management figure questioned on club policy, and wondered why he has no support in this area from the board or departmental heads.
By @DaveHytner https://t.co/9qqcHs7v16
— Guardian sport (@guardian_sport) January 17, 2023
Oleh sebab itu, berdasarkan situasi semasa, Conte setuju dengan prinsip, berdiam diri lebih baik. Kerana ianya akan meletakkan pengurus dalam risiko tersilap cakap ataupun berdepan tindakan disiplin daripada kelab.
Selepas komen itu, ramai menganggap ianya petanda Conte sudah mulai muak dengan situasi di Spurs.
Conte sudah terlepas beberapa sasaran perpindahan yang dianggap penting. Dan dia sendiri musim lalu menyatakan bahawa dia membawa Spurs ke slot UCL sebagai satu pakej kejutan.
Kerana ketika dia mengambil alih, jika Daniel Levy memintanya untuk melayakkan diri ke UCL, maka dia akan terus mengabaikan tawaran menjadi pengurus Spurs.