Conte: Hal Kontrak, Gaji Dan Pembelian Pemain Baharu Sebelum Sahkan Sebagai Pengurus Tottenham

Antonio Conte menjadi calon utama untuk mengemudi Tottenham pada musim hadapan. Sehingga kini kelab masih berbincang tentang beberapa terma peribadi. Ia tentang pelan pasukan, gaji dan pembelian baharu.

Conte sebelum ini meraih kejayaan cemerlang di Itali bersama Inter Milan. Pengurus ini telah menghadiahkan kejuaraan Scudetto pertama selepas 11 tahun menunggu. Kejuaraan itu juga menamatkan dominasi Juvetus yang menang liga 9 kali berturut-turut.

Conte tidak gembira dengan perancangan kelab yang mahu menjual pemain. Inter mahukan wang sekitar £80 juta dari pelan tersebut untuk mengimbangi kewanangan pasukan.

Masalah itu membuatkan Conte untuk berpisah dengan kelab. Inter menamatkan baki kontraknya dengan bayaran pampasan £6 juta.

Di kem Tottenham pula, Deny Levy melakukan sedikit rombakan apabila cuba memancing bekas pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici. Sebelum ini Tottenham menggunakan khidmat Damien Comoi, Frank Arnesen dan David Pleat sebagai pengarah sukan kelabnya.

Pada rabu lepas, hari yang sama Conte meninggalkan Inter, Juventus membuat pengumuman tidak melanjutkan kontrak Paratici. Paratici berada di Juventus selama 11 tahun.

Gabungan Conte dan Paratici bakal mengulangi kerjasama yang berlaku pada tahun 2011 hingga 2014. Musim 2011/12 adalah musim pertama Juventus kembali menang Serie A.

Kehadiran Conte di Tottenham akan mengembalikan kemeriahan Liga Perdana. Ia adalah kali kedua Conte ke England selepas mengemudi Chelsea pada musim 2016/2017 dan 2017/18.

Levy menawarkan dana kepada Conte untuk membina pasukan. Namun masih belum jelas dari mana dana tersebut akan diperolehi. Tottenham tidak boleh menjual pemain yang Conte mahu kekalkan seperti apa yang mahu dilakukan Inter.

Sebelum ini Levy pernah berkata dia mahukan seorang pengurus yang boleh mencerminkan imej kelab. Disamping itu Levy juga mahu seorang pengurus selari dengan gaya permainan kelab mahukan. Free-flowing, menyerang dan menghiburkan.

Rancangan untuk menampilkan bakat dari akademik sendiri juga menjadi objektif kelab tersebut. Mauricio Pochettino meletakkan tanda aras tinggi buat mana-mana pengurus dalam bab menampilkan pemain muda di Tottenham.

Bagaimanapun Conte tetap mempunyai keistimewaannya tersendiri. Imejnya lebih baik dari Tottenham dan mampu menawarkan kemeriahan Liga Perdana.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi