Conte Kepada Tuchel: “Mujur Tak Nampak, Kalau Aku ‘Trip’ Kaki Kau Baru Padan Muka Kau”

Antonio Conte sempat meluahkan rasa geramnya kepada Thomas Tuchel menerusi media sosial. Kedua dua pengurus dilayangkan kad merah pada wisel penamat.

Dalam perlawanan panas derbi London, dua kali Tuchel dan Conte dileraikan oleh pemain dan pegawai pasukan mereka.

Ada satu detik di mana Thomas Tuchel telah berlari meraikan gol pendahuluan Chelsea melintasi Antonio Conte.

Dan gambar itu menarik perhatian Don Conte. Dia lalu memuat naik status:

“Nasib baiklah aku tak nampak kau [masa ni]….”

“[Kalau dapat] buat kau tersandung baru padan muka kau….” kata Conte sambil meletakkan emoji ketawa dengan keluar air mata.

Kedua dua pengurus dilayangkan kad merah kerana hampir sahaja bertumbuk pada wisel penamat. Kedua duanya menjadi sangat agresif pada masa itu.

Segalanya bermula apabila Conte dan Tuchel berjabat tangan. Menurut Tuchel, mungkin cara mereka adalah berbeza. Baginya, apabila berjabat tangan, haruslah bertentang mata. Sebaliknya Conte tak melakukannya. Jadi, Tuchel menjadi bengang dan menarik tangan Conte.

Tuchel berkata: “Apabila anda berjabat tangan, saya fikir kami melihat mata satu sama lain tetapi kami mempunyai pendapat berbeza jadi ia beremosi,” katanya.

Conte meminta Tuchel melepaskan tangannya. Dan mereka berdua berbalah sekali lagi. Kali ini keadaan menjadi lebih serius. Dengan pemain dan pegawai kedua dua pasukan campur tangan sekali lagi untuk meleraikan kedua dua pengurus itu.

Bercakap kepada wartawan, Tuchel menganggap insiden dia dan Conte bergaduh itu tak besar mana pun. Tetapi dia membangkitkan prestasi pengadil yang menjadi punca Chelsea tak menang. Menurut Tuchel, hanya Chelsea yang berhak menang dalam aksi itu kerana beraksi lebih baik.

Tuchel turut merasakan bahawa 2 gol Spurs adalah tidak sah!

“Saya perlu katakan kedua-dua gol [Spurs] tidak sepatutnya diberikan. Ia hanya satu pasukan yang layak menang dan itu adalah kami. Saya berasa kesal untuk pasukan saya mereka tidak mendapat apa yang sepatutnya,” kata Tuchel.

“Ia adalah satu kekasaran yang jelas terhadap Kai Havertz dalam pembinaan [untuk gol pertama Tottenham], satu kesalahan yang jelas.”

“Kami mempunyai satu kesalahan taktikal daripada [Reece] James yang mendapat kuning. Saya tidak tahu berapa banyak kesalahan taktikal Hojbjerg dan Bentancur lakukan hari ini.”

“Keadaan itu berlarutan, dan ia jelas ofsaid pada kedudukan Richarlison. Dia berada dalam garisan arah bola. Dia juga pergi ke bola, jadi Mendy tidak dapat melihat bola. Mereka menyemaknya, itu adalah ofsaid yang jelas.”

“Dan sejak bila kamu dibenarkan menarik rambut pemain lain di atas padang bola? Bila tu? Jadi kita [sudah pun] periksa dan tiada apa yang berlaku? Ia tidak masuk akal.”

“Dia gembira apabila mereka menyamakan kedudukan dan ia menjadi sedikit panas tetapi tiada apa yang harus diperbesarkan. Kami berdua mendapat kad merah? Ia tidak perlu. Tetapi banyak perkara tidak perlu. Satu lagi keputusan buruk daripada pengadil hari ini.”

Walaubagaimanapun, Tuchel menyatakan bahawa insiden dia dengan Conte adalah insiden yang sudah pun berakhir atas padang dan tiada dendam antara mereka.

Kedua duanya hanya mempertahankan pasukan masing masing.

Baca yang lain