Conte Letak Syarat Berat Untuk Sertai Napoli

Menurut laporan Il Mattino, Antonio Conte dan Napoli sedang berunding pada ketika ini. Napoli benar benar berminat melantik Antonio Conte menjadi pengurus baharu mereka.

Conte merupakan pengurus yang sudah lama didambakan oleh Aurelio De Laurentiis di Napoli. Namun sebelum ini mereka tidak berpeluang untuk mendapatkan bekas pengendali Juve, Chelsea dan Inter itu.

Laurentiis sendiri menyatakan bahawa dalam tempoh 10 hari ini adalah sangat penting untuk kelab dalam usaha memperkasakan semula projek mereka untuk cuba merampas kembali Serie A dari tangan Inter musim hadapan.

Conte dianggap pengurus paling cocok untuk projek Napoli. Memandangkan dia ada reputasi cemerlang memenangi liga sebelum ini. Dia pernah bergelar juara Serie A bersama Juve dan Inter. Dan juga pernah bergelar juara EPL bersama dengan Chelsea.

Conte menyatakan dia sedia untuk menerima jawatan ditawarkan oleh Napoli dengan syarat kelab itu menuruti permintaannya.

1. Klausa angkat kaki

Syarat yang pertama adalah, Conte mahukan klausa untuk meninggalkan kelab itu pada setiap hujung musim. Ini bermakna Conte boleh mengaktifkan klausa itu jika dia mahu berambus.

2. Dana perpindahan

Seterusnya, Conte meminta Aurelio De Laurentiis menyediakan €230 juta untuk jendela perpindahan musim panas sesuai dengan cita cita kelab itu pad masa ini.

Dari segi gaji, Conte dan Napoli dilaporkan sudah mencapai kesepakatan asas. Di mana Conte akan menerima €8 juta setahun dengan kontrak sehingga 2027. Angka itu boleh mencecah €9 juta termasuk bonus. Ini akan menjadikan dia pengurus bergaji tertinggi di Serie A musim hadapan.

Laurentiis dikatakan masih keberatan untuk menuruti syarat itu. Kerana dia mahukan kelab lebih berkuasa dalam kontrak Conte.

Dari segi dana perpindahan, Laurentiis dikenali sebagai presiden yang agak kedekut untuk mengeluarkan dana perpindahan yang mahal. Namun suka campur tangan dalam penjualan pemain.

3. Kawalan ke atas jual beli pemain

Conte juga meminta jaminan bahawa dia boleh mendapatkan dana untuk menampung jumlah €230 juta itu. Ini termasuk menjual superstar seperti Osimhen yang dianggap bernilai sekitar €130 juta pada ketika ini.

Beberapa hari lalu ejen kepada Khvicha Kvaratskhelia mendedahkan bahawa PSG menghantar bidaan €100 juta untuk pemain itu. Namun Conte dikatakan sudah menentang penjualan pemain itu yang dianggap sesuai dengan taktikalnya.

Conte meminta kawalan penuh dalam isu pengurusan pemain. Ini termasuk jual beli pemain. Laurentiis mahukan dia tetap ada kuasa dalam perkara itu.

Conte sudah serik dengan campur tangan pihak atasan dalam isu jual beli pemain seperti mana di Chelsea dan ketika dia di Inter. Ketika di Chelsea dia pernah menyindir kelab itu dengan menyatakan bahawa dia hanya melatih pemain sahaja. Sesiapa pemain yang tiba akan dilatihnya, walaupun dia tak tahu pun siapa pemain yang akan dibawa masuk.

Ketika di Inter dia kecewa apabila kelab itu melepaskan Romelu Lukaku dan tidak mendapat dana yang cukup untuk menguatkan pasukannya dalam usaha mereka mahu mempertahankan kejuaraan Serie A.

4. Kakitangan

Selain itu, Conte mahu membawa kakitangan sendiri termasuk Christian Stellini, Gianluca dan bekas penyerang Itali Elvis Abbruscato yang bermain di bawah Conte di Arezzo.

Conte, bekas jurulatih Juventus dan Inter, juga meminta De Laurentiis membangunkan kemudahan latihan kelab, yang jauh daripada standard kualiti tertinggi di Eropah.

Walaupun kedengaran agak berat syarat diletakkan oleh Conte. Kedua dua pihak masih berunding dan Laurentiis yakin akan mengumumkan Conte minggu ini juga sebagai pengurus baharu Napoli.