Napoli dilaporkan berminat untuk menandatangani seorang lagi pemain Manchester United iaitu Alejandro Garnacho.
Pemain itu dikenalpasti sebagai calon utama untuk menggantikan Khvicha Kvaratskhelia yang sedang dalam perjalanan ke PSG.
Sebelum ini Fabrizio Romano memberitahu bahawa Khvicha Kvaratskhelia dalam proses rundingan untuk perpindahan sekitar €75 juta ke PSG.
Cuma kedua dua kelab masih berunding kerana Napoli masih berharap untuk mendapat €80 juta daripada penjualan pemain itu.
Antonio Conte mengesahkan bahawa Khvicha Kvaratskhelia sudah meminta untuk dijual. Dia berkata: “Khvicha Kvaratskhelia minta untuk dijual. Kelab sendiri yang memberitahu dan dia [Khvicha Kvaratskhelia] mengesahkannya.
“Saya berasa sangat kecewa kerana dalam 6 bulan ini, saya sudah meletakkan dia sebagai teras projek ini dan membuat dia faham bahawa sesuatu yang penting boleh dilakukan.
“Saya juga sedang bekerjasama dengan kelab mahu memperbaharui kontraknya. Malangnya sekarang kita kelab bermula dari asas sekali lagi.”
Antonio Conte yang sebelum ini sudah mendapatkan Scott McTominay dari Man United, dan berpuas hati dengan kualiti pemain itu, berharap dapat membeli seorang lagi pemain United.
Alejandro Garnacho dianggap calon yang sangat sesuai menggantikan Khvicha Kvaratskhelia.
Man United sudah meletakkan tanda harga €50 juta untuk pemain antarabangsa Argentina itu. Dan Man United dilaporkan sudah memaklumkan kepada Man United.
Garnacho antara nama yang disebut boleh dilepaskan oleh United dalam usaha mereka mahu mengimbangi akaun mereka.
Walaubagaimanapun, ianya tetap bergantung kepada keputusan Ruben Amorim. Di mana pengurus itu setakat ini berpuas hati dengan komitmen dan prestasi Alejandro Garnacho.
Pemain Argentina itu juga dianggap masa depan kelab. Namun seperti yang dikatakan oleh INEOS sebelum ini, Amorim harus berusaha menjual beberapa pemain untuk membantu kelab mengimbangi akaun.
Dan pada masa yang sama boleh membantu Amorim dalam menambah dana perpindahan pemain yang dia boleh gunakan pada musim panas akan datang.
Selain daripada Napoli, Atletico Madrid juga sudah lama memantau perkembangan Alejandro Garnacho. Simeone mengenalpasti pemain itu sebagai calon untuk menggantikan Antoine Griezmann yang semakin menuju persaraan.
Seterusnya, ianya juga bergantung kepada Garnacho sama ada pemain itu berminat untuk menyertai kelab lain?
Napoli kini dalam landasan terbaik dalam perebutan Serie A.