Conte Memaki Vidal Menyakiti ‘Telurnya’ Dengan Kesilapan Bodoh & Bertengkar Dengan Pengadil

Antonio Conte memang bukan orang yang tenang dalam bola sepak. Siapa tak kenal karakter Conte. Seorang jurulatih yang sentiasa bertenaga.

Malah dalam satu sidang media, dia menyatakan kesemua staf kejurulatihannya dipilih dari kalangan mereka yang dia dah lama kenal.

Kerana mereka tahu perangai Conte. Dalam satu aksi berdepan Arsenal ketika Conte mengendalikan Chelsea, berlaku satu insiden di mana Conte dilihat menarik dan menampar belakang pembantunya Angelo Alessio dengan ganas sekali.

Ramai merasakan pembantunya itu bakal dipecat pada hari berikutnya, kemungkinan sudah melakukan kesalahan besar, sampai Conte bertindak sedemikian. Conte menjelaskan segalanya baik baik sahaja dan mereka semua ok.

Conte berkata: “Saya ni ada satu perangai. Apabila saya nampak benda tak betul di padang saya rasa saya boleh ‘bunuh’ orang.”

Ia disambungnya dengan ketawa. Conte menerangkan sikapnya yang cepat geram dan reaktif di tepi padang.

Beliau menjelaskan lagi:

“Saya marah kerana Kante sepatutnya track back kawasan Moses, ketika Moses pergi turun membantu mengawal 6 pemain Arsenal ketika sepakan penjuru.”

“Dia tidak berbuat demikian. Saya geram dan menarik keluar Alessio, minta dia tolong beritahu kita tak cukup orang ketika berhadapan corner.”

“Tentang Alessio, anda tak perlu risau. Dia telah menjadi ‘tangan kanan’ saya sekian lama. Dia dah faham perangai saya.”

“Tapi itulah, malangnya asyik dia sahaja yang selalu menjadi ‘mangsa’ saya selama bertahun-tahun.”

Di Inter Milan, Conte tetap dengan semangat yang sama. Terbaru Conte menengkintg Arturo Vidal yang melakukan kesilapan bodoh dan kemudian membantah keputusan pengadil.

Insiden itu berlaku dalam aksi Inter bertemu dengan Crotone. Conte menjerit:

“Arturo, kau terus bermain dan berambus dari situ [insiden dengan pengadil], jangan sakitkan ‘telur’ saya!”

Conte mungkin merujuk dia merasa senak dengan kelakuan Vidal itu. Hanya lelaki sahaja yang faham tahap kesenakan dimaksudkan Conte itu ketika aksi bola sepak.

Vladimiar Golemic, menjaringkan penalti itu untu Crotone untuk menyamakan kedudukan 2-2 selepas 36 minit di San Siro, dan Conte jelas tidak mahu bintang berpengalamannya menambah kesulitan dengan mendapat kad merah kerana mengasari pegawai.

Kedudukan kekal 2-2 hingga separuh masa pertama.

Ternyata tengkingan Conte itu sangat penting. Kerana dengan 11 pemain Conte merencana strategi mantap pada separuh masa kedua. Hasilnya Inter Milan menang 6-2 selepas menjaringkan 4 gol pada separuh masa kedua.

Jika Vidal dibuang padang, ceritanya mungkin berbeza. Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan Conte memberikan amaran kepada Vidal agar bertindak dengan lebih baik. Dan tiada jaminan kepad sesiapapun akan bermain secara automatik.

“Respon bagus daripada kami hari ini. Kami terkejut apabila Crotone menolak sehingga 7 pemain mereka ke serangan.”

“Mujur kami hari ini melakukan tugasan dengan baik untuk mengubah keadaan. Kemudian ada kesilapan naif memberikan penalti yang boleh memercikkan api keresahan, namun para pemain keseluruhannya kekal fokus.”

“Pemain kami berterusan mencipta peluang dan membawa pulang kemenangan.”

Conte mengesahkan Romelu Lukaku mengalami kecederaan dan mungkin akan direhatkan selepas ini.is improving a great deal in his defending, as he arrived at Inter only focusing on attack, but we explained the importance of the wing-backs when defending.

“He deserves credit for really knuckling down and can provide guarantees in defence too now.”