Pengurus Spurs, Antonio Conte menganjing balik kenyataan pengurus Manchester City, Pep Guardiola ke atas taktikalnya. Spurs berjaya menang 3-2 di Etihad ke atas pendahulu carta Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester Citu.
Di mana Harry Kane menjaringkan gol minit ke-90+5 dalam perlawanan tersebut untuk memberikan gol kemenangan. Harry Kane benar benar memberikan masalah besar buat City pada hari tersebut.
Harry Kane v Manchester City, 19.02.2022. 🎥 pic.twitter.com/jEhTp4C9nP
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 22, 2022
Selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola memuji prestasi Spurs dan menyatakan bahawa mereka [pasukan bimbingan Conte] sangat bagus dalam bermain dengan permainan berasaskan counter attacking semata mata.
🥁 The one you've all been waiting for…
Conte Cam is here. 😍 pic.twitter.com/fMLYcpHmz2
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 21, 2022
Pep menuduh Spurs sebagai pasukan yang hanya bertahan ke bawah dengan kompak dan kemudian tidak ada keinginan untuk bermain dengan hantaran ringkas. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sistem serangan balas dengan bola lambung.
Pep berkata: “Selepas kami ketinggalan, lawan kami bertahan sangat ke bawah dan sangat kompak – luar biasa sekali. Mereka tak nak hilang bola dengan Harry Kane boleh berlari dengan baik, begitu juga dengan Son dan Kulusevski.”
“Pada pandangan saya, kami bermain baik sekali. Mencipta banyak peluang gol. Saya tak boleh cari kesalahan pasukan kami ini, kereana mereka sentiasa mencuba di atas padang. Namun ianya sangat sukar.”
“Mereka bermain dengan cara yang kami dah jangka mereka akan bermain. Mereka bagus dalam build-up dan mencipta peluang serta sangat bagus dalam mencipta ruang yang sangat besar untuk berlari pada fasa serangan balas.”
“Secara keseluruhannya kami bermain dengan baik untuk mengekangnya.”
“Semua orang tahu apa yang Kane boleh berikan. Untuk gol pertama, kami bertahan berdepan hantaran tersebut dengan teruk sekali. Namun selepas 10 ke 15 minit, kami mulai mencipta banyak peluang. Dan kami seharusnya menjaringkan lebih banyak gol.”
Antonio Conte jelas sekali tidak gembira dengan komen tersebut dan menganggapnya sebagai komen yang memperlekehkan Spurs.
Lalu Conte memuat naik video di mana Spurs bermain build up dari bawah dengan hantaran pendek dan pertukaran hantaran serta gerakan yang fluid.
Sambil Conte menulis””Counterattacks?!? Mungkin tidak…” sambil disusuli emoji gelak.
Bukan itu sahaja, pengendali akaun Twitter Spurs turut memuat naik video yang menunjukkan Spurs turut bermain dengan binaan dari bawah dengan menulis Conteball.
Di mana pemain pemain Spurs kelihatan tenang melepasi blok counterpressing City dengan hantaran hantaran pendek.
Conte ball™️ pic.twitter.com/aGhFrmQKKU
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 21, 2022